Sabtu, 20 April 2013

Manusia Paling Tua Sambut Hari Jadi

Jiroemon Kimura tersenyum menyambut hari ulang tahun kelahirannya yang ke-116

Jiroemon Kimura sedang bercakap dengan isteri salah seorang cucunya

Datuk Bandar Kyotango, Yasushi Nakayama mengucapkan selamat hari jadi kepada Jiroemon Kimura

Jiroemon Kimura mendengar Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe mengucapkan selamat hari jadi kepadanya


KYOTANGO - Manusia paling tua di dunia, Jiroemon Kimura menyambut hari ulang tahun kelahirannya yang ke-116 semalam. 
Seorang pegawai pentadbiran bandar ini memberitahu, dia tidak merokok dan akan berhenti makan apabila berasa hampir kenyang. 
Menurut laporan media, dia minum minuman keras dengan kadar yang sederhana. 
Pegangan hidup Kimura ialah tidak kuat makan dan hidup dalam tempoh yang lama. 
Pakar-pakar di sini telah melancarkan satu projek penyelidikan dalam usaha untuk mengetahui punca dia masih hidup. 
"Kami mahu mengkaji tabiat pemakanan bukan sahaja melibatkan Kimura tetapi 50 lagi warga emas yang berusia lebih 100 tahun di bandar ini," kata pegawai itu. 
Menurutnya, Kyotango terletak d Kyoto. 
Beliau berkata, bandar ini terletak dekat Laut Jepun dan banjaran gunung yang kaya dengan makanan laut dan produk tenusu. 
"Kami amat berminat untuk mengetahui makanan tempatan yang mereka makan," katanya. 
Pegawai itu berkata, pihaknya mahu mengetahui sama ada makanan tersebut menjadi faktor yang menyebabkan golongan tua di sini hidup dalam tempoh yang lama. 
Beliau berkata, pihak pentadbiran bandar ini juga merancang untuk mengeluarkan buku resipi berdasarkan kajian itu. 
Menurutnya, buku tersebut kemudian akan didedahkan pada satu simposium tentang rahsia umur panjang pada November depan. 
"Kami mahu penduduk mengetahui rahsia umur panjang tetapi ia juga bertujuan untuk menarik pelancong ke bandar ini yang mempunyai ramai penduduk lanjut usia," katanya. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.