Jumaat, 3 Mei 2013

13 Maut Banjir Di Arab Saudi

Gambar fail menunjukkan pemandangan selepas banjir melanda pinggir bandar di barat Saudi, Jeddah. Foto: PressTv

Insiden banjir kalin ini dianggap yang terburuk pernah melanda Arab Saudi. Foto: alnilin.com

Di sesetengah kawasan, air mengalir dengan deras. Foto: alnilin.com

Lagi pemandangan banjir di Arab Saudi. Foto: Majid Alarifi


RIYADH - Seramai 13 terbunuh dan empat dikhuatiri hilang dalam kejadian banjir yang melanda di beberapa kawasan di negara Teluk. 
Agensi berita SPA melaporkan, Kolonel Abdullah al-Harethi sebagai berkata, mangsa maut termasuk di beberapa kawasan di Riyadh, Baha, Hail dan Oman. 
“Kejadian ini disifatkan sebagai yang terburuk pernah berlaku di Saudi. Orang awam dinasihatkan supaya tidak berada di Lembah Wadi dan sentiasa peka terhadap amaran yang dikeluarkan dari semasa ke semasa,” katanya. 
Sementara itu, dalam perkembangan lain, lima meninggal dunia dan dua orang masih dirawat di Unit Rawatan Rapi selepas dijangkiti virus menyerupai Sars. 
Menurut laporan dipetik AFP, semua mangsa berasal dari wilayah Ahsaa yang merupakan lokasi pengeluaran minyak utama di rantau itu. 
Tahun lalu, virus hCoVEMC mula dikesan di negara tersebut dan turut mencetuskan kebimbangan banyak pihak. - Sinar Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.