Khamis, 9 Mei 2013

Bangkai Raksaksa Ditemui Di New Zealand

Bangkai raksaksa ini ditemui di Bay of Plenty, New Zealand

Makhluk ini mempunyai gigi yang menakutkan

Seorang pakar marin percaya ini ialah bangkai ikan paus pembunuh, haiwan yang biasanya ditemui di sekitar Bay of Plenty

Mulut makhluk ini dan kulit badannya menyerupai binatang prasejarah.

 Makhluk ini panjangnya 9 meter dan mempunyai sirip yang besar tetapi seluruh badannya telah reput

Makhluk ini mempunyai gigi hitam yang menyebabkan pakar percaya ia mungkin paus pembunuh

Lokasi tempat bangkai raksaksa ditemui


AUCKLAND - Tanda tanya menyelubungi penemuan bangkai ‘raksasa laut’ yang ditemui terdampar di New Zealand. 
Dengan gigi tajam berbaris dan mulut luas, bangkai haiwan sepanjang kira-kira 10 meter itu ditemui separuh tertanam di dalam pasir di Pantai Pukehina, kira-kira 190 kilometer di tenggara Auckland. 
Beberapa teori dikemukakan, termasuk haiwan itu sebenarnya ikan jerung atau buaya air masin, sejenis ikan lumba-lumba atau hidupan prasejarah. 
Dalam satu video di YouTube, Elizabeth Ann bertanya sama ada sesiapa mengenali haiwan berkenaan. 
Katanya, haiwan berkenaan mempunyai kepala dan gigi besar serta sirip. “Ia mungkin sepanjang sembilan meter, tetapi bahagian bawah badan bangkai ‘raksasa laut’ berkenaan mungkin hilang akibat dibaham oleh sesuatu,” katanya. Sementara itu pakar marin, Anton van Helden menafikan ia adalah bangkai dinosaur kerana sirip yang ada padanya menunjukkan ia adalah ikan paus. 
“Ikan jenis itu memang banyak di Bay of Plenty,” katanya ketika ditemui, semalam. - myMetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.