Khamis, 9 Mei 2013

Polis Israel Tahan Mufti Baitulmaqdis

Sheikh Mohammad Hussein, yang merupakan Mufti Besar Baitulmaqdis

Sheikh Mohammad Hussein dilantik sebagai Mufti Besar Baitulmaqdis oleh Pihak Berkuasa Palestin pada tahun 2006


Sheikh Mohammad Hussein, yang merupakan Mufti Besar Baitulmaqdis, telah disoal siasat di ibu pejabat polis Israel selepas ditangkap di rumahnya. 
Beliau dibebaskan tanpa caj enam jam kemudian. 
Penangkapan itu berlaku semasa cuti umum Hari Baitulmaqdis, ketika penduduk Yahudi meraikan penaklukan kawasan timur Arab oleh tentera Israel pada tahun 1967. 
Jurucakap polis, Penguasa Mickey Rosenfeld berkata penangkapan berpunca daripada satu insiden pada Selasa apabila para pelawat Yahudi ke kawasan Dinding Barat Masjidil Aqsa yang dianggap oleh orang-orang Yahudi sebagai Temple Mount dan dianggap suci kerana terletak di atas tapak kuil Yahudi purba. 
Kawasan itu juga dihormati oleh umat Islam sebagai Harem al-Sharif kerana ia menempatkan Masjid al-Aqsa dan Dome of the Rock, yang dipercaya sebagai tempat Nabi Muhammad naik ke langit. - The Telegraph

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.