Jumaat, 31 Mei 2013

Gajah Maut Dilanggar Kereta Api

Segagah-gagah gajah, mati juga ia dilanggar oleh kereta api

Penduduk kampung berkerumun melihat bangkai gajah

Jika gajah pun mati dilanggar kereta api, apatah lagi manusia. Jangan melepak kat landasan kereta api!

Bangkai gajah diangkat menggunakan kren


MORAGHAT, India - Tiga ekor gajah mati selepas dirempuh sebuah kereta api yang bergerak dengan laju di sini semalam. 
Seekor lagi gajah didapati cedera selepas sekawan haiwan itu melintasi landasan kereta api di Moraghat yang terletak di dalam daerah Jalpaiguri, negeri Benggal Barat. 
Sebuah kren itu kemudian digunakan untuk mengangkat bangkai gajah yang terdapat di atas landasan itu. 
Gajah yang mati itu terdiri daripada dua ekor dewasa dan seekor anak haiwan itu.- Agensi/Kosmo! Online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.