Ahad, 12 Mei 2013

Kegilaan Terhadap Kopi Luwak Ancam Musang

Kopi Luwak yang dijual di Lapangan Terbang Jakarta. Foto: Chris Shepherd

Bijin Kopi Luwak berasal dari najis cernaan musang. Foto: Chris Shepherd

Musang juga dijual di pasar Jakarta untuk menghasilkan Kopi Luwak. Foto: Chris Shepherd


Nama kopi luwak dari Indonesia semakin popular sejak beberapa kebelakangan ini. 
Dipetik NG, meskipun diketahui ia berasal dari najis cernaan musang yang memakan biji kopi, tetapi perkara itu tidak mematahkan keinginan pencinta kopi untuk menikmatinya. 
Pengarah Anti Perdagangan Haiwan Liar, Chris Shepherd melaporkan, ramai pengeluar kopi itu menangkap musang liar lalu memaksa haiwan itu memakan biji kopi. 
“Beberapa spesies musang mulai pupus kerana kehilangan habitat akibat sering diburu,” katanya. 
Menurutnya, dalam tinjauan antara 2010 hingga 2012, sebanyak 30 ekor musang spesies Viverricula Indica, Paradoxurus Hermaphroditus dan Arctogalidia Trivirgata dikomersialkan. 
“Walaupun ketiga-tiga spesies itu bukan berstatus haiwan terancam, namun kesan jangka panjang boleh mendorong kepada situasi itu,” katanya. 
Sementara itu, Specialty Coffee Association of America mendedahkan, kopi luwak palsu semakin berleluasa di pasaran. 
“Kami mengenal pasti kepalsuan kopi itu dari rasanya yang kurang enak,” menurut jurucakap pertubuhan itu. 
Kopi luwak adalah kopi paling mahal dengan harganya mampu mencecah AS$ 280 (RM850) bagi 0.45 kilogram. - Sinar Harian


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.