Khamis, 16 Mei 2013

Kereta Mercedes Model S-Class Baru

Ini ialah kereta Mercedes-Benz S350 Bluetec, kereta mewah limousin S-Class keluaran baru dari Hamburg, Jerman


Kereta ini mempunyai 'mata' yang boleh mengimbas permukaan jalan dan menyesuaikan sistem suspensinya secara automatik

Model S-Class ini juga dilengkapi dengan radar, kamera stereo dan sensor ultrasonik

 Sistem lampu kereta boleh membantu mengesan kenderaan di hadapan dan menyesuaikan cahaya lampu dengan sewajarnya

Pemandu boleh memilih mana-mana minyak wangi yang dia inginkan

Tempat duduk model S-Class boleh mengurut (massage) dan boleh direbahkan kepada sudut 43.5 darjah untuk berbaring

Mercedes-Benz S400 Hibrid (W222) boleh ditempah di Britain mulai bulan hadapan

Harga model S-Class di Britain ialah antara £ 65,000 dan £ 100,000 dan tempahan dibuka pada bulan Jun


Pengeluar kereta mewah gergasi Jerman, Mercedes-Benz, memperkenalkan kereta limousin perdana baru model S-Class, yang boleh 'melihat' jalan raya berlubang atau lebam dan menyesuaikan sistem suspensinya secara automatik lebih awal, untuk mengurangkan potensi kerosakan dan ketidakselesaan penumpang. 
Mercedes-Benz berkata, mereka adalah yang pertama di dunia mengeluarkan kereta yang mempunyai 'mata' sebagai sebahagian daripada revolusi sistem 'mengimbas permukaan jalan raya' (road surface scan) menggunakan kamera stereo. 
"Jika imbasan permukaan jalan raya mengesan permukaan yang tidak rata, ia serta-merta melaraskan sistem suspensi untuk disesuaikan dengan keadaan permukaan jalan raya. 
"Peranan 'mata' dilakukan oleh kamera yang dipasang di belakang cermin, yang mengimbas jalan sehingga lima meter di hadapan. 
"Kenderaan ini kemudiannya menyesuaikan redaman setiap rodanya kepada tetapan keras atau lembut terlebih dahulu menggunakan sistem hidraulik yang aktif. 
Firma itu mendakwa, mereka mengeluarkan kereta 'S-Class paling maju pernah dicipta' dengan pemandu boleh memilih minyak wangi yang diinginkan beredar di dalam kereta, melalui sistem penyaman udara. 
Selain itu, ia juga merupakan kereta pertama di dunia yang mengenepikan sepenuhnya cahaya mentol dan menggantikan semua lampu dengan sistem lampu LED. 
Seorang jurucakap berkata, "Sekitar 100 tahun selepas pengenalan lampu elektrik dalam kenderaan bermotor, Mercedes-Benz kini membuat suis lengkap dengan teknologi LED. 
"S-Class baru adalah kenderaan pertama di dunia yang tidak menggunakan mentol tunggal, sama ada di luar atau di dalam." 
Silauan lampu brek juga dikurangkan pada waktu malam atau semasa berhenti di lampu isyarat untuk mengurangkan gangguan kepada pemandu-pemandu lain. 
Kemewahan lain yang terdapat pada kenderaan ini ialah tempat duduk khas yang mampu mengurut. 
Mercedes-Benz juga berjanji 'untuk meniru rasa kabin penerbangan kelas pertama' dengan penumpang berbaring di tempat duduk belakang pada sudut 43.5 darjah. 
Bagi para eksekutif bergerak, kereta ini mempunyai satu siri alatan pejabat bergerak, termasuk sistem multi-media. 
Semua dalam kereta Mercedes-Benz yang lebih ringan, lebih cekap dan lebih cepat daripada model sebelumnya. 
Untuk tujuan berjimat, Mercedes-Benz juga mengeluarkan model S300 Bluetec hibrid yang jimat minyak.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.