Khamis, 16 Mei 2013

Lebuh Raya Terbengkalai Selepas Ekonomi Meleset

Lebuh raya yang dikenali sebagai MP-203 ini asalnya dibina untuk menghubungkan Madrid dengan Barcelona di Sepanyol

Ini ialah bangunan plaza tol lebuh raya MP-203. Namun plaza tol ini tidak pernah digunakan dan kini terbiar

Hanya sekumpulan kambing dan sesekali sebuah dua kenderaan melalui lebuh raya ini

Selain itu, terdapat juga penunggang basikal yang menggunakan lebuh raya ini sebagai laluan istimewa mereka

Manakala grafiti menjadi penghias dinding terowong lebuh raya ini

Lebuh raya yang bertujuan untuk mengurangkan kesesakan jalan raya Barcelona ini hanya 70 peratus siap

Kini belukar tumbuh di tengah-tengah permukaan lebuh raya yang terbengkalai ini

Lebuh raya yang berharga berjuta-juta euro ini bertujuan untuk menyediakan satu laluan baru kepada beribu-ribu pemandu Sepanyol

Sejak ditinggalkan enam tahun lalu, bahan-bahan binaan yang tidak digunakan telah dicat dengan grafiti

Sekumpulan kambing mencari makan di kawasan lebuh raya berhampiran Mejorada del Campo, Sepanyol

Manakala di kawasan lain, lebuh raya terbengkalai ini 'dikawal' oleh anjing liar

Belum terdapat tanda-tanda pembinaan lebuh raya ini akan diteruskan


Lebuh raya ini dikenali sebagai MP-203 dibina bertujuan untuk mengatasi kesesakan di Lebuh Raya Barcelona (A-2) yang menghubungkan bandar tersebut dengan Madrid. 
Walau bagaimanapun pembinaan lebuh raya ini telah dihentikan sejak enam tahun lalu dan hanya siap sejauh 12.5 kilometer atau 70 peratus. 
Pada mulanya pembinaan ditangguhkan kerana kerajaan hendak mengurangkan perbelanjaan dan berjimat-cermat bagi menghadapi kemelesetan ekonomi yang melanda Sepanyol. 
Namun, sehingga kini tidak nampak tanda-tanda kerja pembinaannya akan disambung semula. 
Kini, rumpai boleh dilihat tumbuh di atas permukaan jalan yang ditinggalkan. 
Akhirnya, lebuh raya ini hanya sesuai dilalui oleh penunggang basikal, sekali-sekala oleh kereta, selain anjing-anjing liar, kambing dan biri-biri.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.