Sabtu, 18 Mei 2013

Bukan Tugas Tentera Marin AS Pegang Payung

Presiden Obama mendongak ke langit melihat hujan yang mulai turun

Tentera Marin AS memegang payung semasa sidang akhbar Presiden Obama dengan Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan

Perbuatan anggota marin memegang payung bertentangan dengan Peraturan Pakaian Seragam Kor Marin AS 

Anggota marin menutup payung selepas hujan berhenti

Presiden Obama berjalan bersama Perdana Menteri Turki, Recep Tayyib Erdoganc di Taman Rose, White House


Walaupun beliau adalah pemerintah tertinggi angkatan tentera, terdapat beberapa peraturan yang tidak membenarkan Presiden Obama memberi arahan tertentu kepada tentera marin AS. 
Di hadapan Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan sebagai tetamu di Taman Rose hari ini (Jumaat), presiden telah meminta tentera marin yang berdiri di sisinya membuka payung dan melindunginya daripada terkena hujan. 
Bagaimanapun, mengikut peraturan-peraturan Kor Marin, Presiden Amerika Syarikat tidak boleh meminta tentera marin memegang payung tanpa kebenaran nyata daripada Komandan Kor Marin. 
Berdasarkan Manual Kor Marin, yang merupakan buku panduan untuk semua anggota tentera yang sedang berkhidmat, jelas menyatakan bahawa kod pakaian seragam angkatan tentera tidak membenarkan mereka memegang payung dan 'tiada pegawai boleh mengeluarkan arahan yang bercanggah dengan, mengubah atau meminda mana-mana peruntukan tanpa kelulusan Komandan Kor Marin.' 
Malah, tentera marin lelaki dimaklumkan tidak pernah membawa payung sejak fasa latihan awal. 
Peraturan Pakaian Seragam Kor Marin bab 3 tidak membenarkan apa-apa penggunaan atau membawa payung semasa tentera marin dalam pakaian seragam. 
Bagaimanapun, tentera marin wanita 'boleh membawa payung hitam, payung bertiang atau payung lipat, bergantung kepada pilihan mereka semasa cuaca buruk, ketika mereka dalam tugas dan dalam pakaian seragam. Mereka akan membawa dengan tangan kiri supaya mereka boleh memberi tabik tangan dengan betul.' - MailOnline

Kemaskini 18.5.2013 (10.00AM)
Critical: Thomas McInerney, a former United States Air Force Lieutenant General, said that the President showed a ¿lack of respect¿
Thomas McInerney, bekas Leftenan Jeneral Tentera Udara Amerika Syarikat berkata bahawa Presiden menunjukkan 'kurang hormat'

Presiden Obama telah menghina tentera marin apabila meminta mereka memegang payung dengan membuat mereka 'kelihatan seperti pelayan', kata seorang jeneral tentera yang dihormati hari ini. 
Thomas McInerney, bekas Leftenan Jeneral Tentera Udara Amerika Syarikat berkata, Presiden menunjukkan 'kurang hormat' dengan menjadikan pasukan pengawal sebagai pemegang payung. 
Beliau juga berkata, Presiden mempunyai ramai pembantu, jadi beliau tidak faham mengapa salah seorang daripada mereka tidak dapat memegang payung. 
Presiden telah menimbulkan kekecohan apabila beliau memanggil tentera marin untuk melidungi agar beliau tidak basah semasa sidang akhbar di Taman Rose, White House. 
Dua tentera marin memegang payung semasa Presiden Obama berjenaka tentang cuaca. 
Walau bagaimanapun, bagi sesetengah pihak tindakan itu bukan satu perkara lucu terutamanya apabila ia adalah satu pelanggaran protokol kepada tentera marin untuk memegang payung semasa berpakaian seragam. 
Beliau berkata, "Presiden telah berdiri dalam hujan tanpa payung sebelum dan marin yang biasanya akan berdiri di sana tanpa memegang payung. 
"Ini menjadikan lelaki lain (tentera marin) kelihatan seperti pelayan juga. 
"Saya tidak faham mengapa salah seorang pembantu presiden tidak dapat memegang payung. Marin adalah pahlawan tetapi bukan pembantu." 
Lt Gen McInerney, 76, berkhidmat di Vietnam dan berjuang dengan NATO dan adalah komander Tentera Udara ke-11 di Alaska sebelum bersara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.