Khamis, 13 Jun 2013

Adik Meraung Lihat Mayat Kakak Kemalangan

Adik mangsa gagal mengawal perasaan hiba setelah kematian kakaknya dalam kemalangan jalan raya. Foto: Borneo Post

Mayat Samsidar bertutup daun pisang. Gambar kecil: Samsidar Samaruddin, 21
Foto
Adik mangsa hanya mampu meraung melihat mayat kakaknya dan terpaksa ditenteramkan ahli keluarga. Foto: myMetro
Foto
Ibu mangsa yang tiba di lokasi kejadian pengsan sebaik melihat keadaan mayat anaknya. Foto: myMetro

PUTATAN: Ngeri. Seorang wanita tempatan terbunuh dalam keadaan yang amat mengerikan setelah tempurung kepalanya pecah digilis sebuah lori kontena dalam satu kejadian berhampiran Pekan Sabindo, Jalan Lok Kawi pagi kelmarin. 
Insiden yang berlaku sekitar jam 11 pagi itu difahamkan berlaku ketika mangsa yang dikenali sebagai Samsidar Samaruddin, 21, membonceng motosikal yang ditunggang oleh adik lelakinya, berasal dari Kampung Andus, Papar, menuju ke pusat bandar Kota Kinabalu. 
Bagaimanapun setibanya di lokasi kejadian, tidak semena-mena motosikal yang ditunggang telah bergesel dengan sebuah lori kontena sehingga menyebabkan mangsa tercampak ke atas jalan raya. 
Lebih mengerikan, ketika tercampak mangsa telah digilis tayar lori kontena berkenaan dan mengakibatkan tempurung kepala mangsa pecah dengan otak bersepai di atas jalan raya. 
Ketua Polis Penampang, Deputi Superitenden Ratan Kumar Singh berkata mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian sementara adiknya tidak mengalami sebarang kecederaan dalam insiden itu. 
“Sementara itu, pemandu lori terbabit yang berusia 30an telah ditahan mengikut siasatan lanjut,” katanya sambil menambah kes terbabit akan disiasat Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. 
Sementara itu, suasana pilu menyelubungi tempat kejadian apabila adik mangsa enggan berganjak dan hanya mampu menangis di samping mayat kakaknya. - Borneo Post

Kemaskini 14/6/2013






KOTA KINABALU - “Sepatutnya dia (arwah) kembali semula ke Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Perempuan Melayu Melaka, Sabtu ini (esok) untuk menyambung pengajiannya, tetapi semuanya sudah berakhir apabila arwah meninggalkan kami selama-lamanya. 
“Kejadian ini sangat menyedihkan buat kami sekeluarga kerana arwah adalah cucu yang baik dan pintar,” kata Ali Lakim, 53, datuk kepada Samsidar Samaruddin, 21, yang maut apabila digilis treler di Kilometer 21, Jalan Kota Kinabalu-Papar, kelmarin. 
Menurut Ali, arwah tiba di rumahnya di Kampung Andus, di sini, pada 2 Jun lalu dari IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka, sempena cuti semester. 
“Saya difahamkan, dia (arwah) akan pulang semula ke kampus di Melaka pada Sabtu ini,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. 
“Tapi semua hanya tinggal kenangan apabila dia terbunuh dalam kemalangan ngeri itu,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. 
Menurutnya, dia tidak sangka pertemuan pada pagi sebelum kejadian adalah yang terakhir. - myMetro

1 ulasan:

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.