Khamis, 13 Jun 2013

Semakin Ramai Orang Merempat Di Britain

Seorang pendatang dari Eropah Timur tinggal dalam gua berhampiran Stockport yang berselerak dengan sampah dan najis.

Walaupun keadaan di dalam gua kotor, tetapi ia adalah lebih selamat dan selesa daripada di jalanan

Keadaan tempat tidur seorang lelaki di dalam gua yang kehilangan tempat tinggal, dikelilingi oleh timbunan sampah

Rangkaian gua ini hanya beberapa minit berjalan kaki dari pusat bandar Stockport

Lorong gua ini terletak pada ketinggian 6 meter dari tebing Sungai Mersey

Satu lagi kawasan gua yang digunakan sebagai tempat perlindungan oleh orang yang kehilangan tempat tinggal

Kisah orang merempat kurang diketahui oleh ahli-ahli politik Britain

Barang-barang orang merempat boleh dilihat dari luar gua

Jonathan Billings: Ramai yang memerlukan bantuan ini dahulunya berasal dari kelas pertengahan


Bilangan orang merempat di Britain telah meningkat sebanyak enam peratus sepanjang tahun lalu, melonjak sebanyak 34 peratus berbanding tiga tahun lalu. 
Di sesetengah tempat, gua merupakan satu-satunya lokasi untuk perlindungan yang kering dan selamat bagi mereka yang tidak mempunyai tempat tinggal. 
Sebuah badan amal yang perihatin terhadap orang merempat, The Wellspring mengatakan, gua merupakan rumah sementara yang popular bagi orang-orang yang merasakan mereka tidak mempunyai tempat lain untuk berlindung. 
Jonathan Billings, pengurus projek untuk kebajikan berkata, jumlah orang merempat meningkat dua kali ganda dalam tempoh tiga tahun lalu, termasuk peningkatan jumlah pendatang dari Eropah Timur. 
Ramai daripada mereka memerlukan bantuan ini dahulunya berasal dari kelas pertengahan yang kehilangan pekerjaan akibat kemelesetan ekonomi dan dibiarkan tanpa apa-apa sumber pendapatan, katanya. 
"Saya rasa pembaca akan terkejut kerana mereka ini tersembunyi dari mata awam. Saya tidak fikir ahli-ahli politik sedar skala masalah ini." 
Krisis kewangan dan kemelesetan ekonomi yang dahsyat telah menekan pertumbuhan ekonomi dan mendorong pengangguran kepada 7.8 peratus. 
Walau bagaimanapun, kos sara hidup yang terus meningkat bersama-sama dengan harga rumah akan menyebabkan lebih ramai orang berbanding sebelum ini, memerlukan tempat tinggal sementara atau terpaksa pergi ke jalanan. 
Di London, bilangan orang merempat meningkat sebanyak 16 peratus berbanding tahun 2012-13, manakala di kawasan Greater Manchester mencatatkan peningkatan sebanyak sebanyak 40 peratus. - Mail Online


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.