Selasa, 23 Julai 2013

Isteri Putera William Selamat Lahirkan Putera

Putera William dan isterinya meninggalkan King Edward VII hospital selepas disahkan mengandung pada tahun lepas

Keadaan di hadapan St Mary Hospital semalam

Para wartawan berkerumun di hadapan hospital menanti berita kelahiran bayi diraja

Putera Charles kini bergelar datuk

Ratu Elizabeth kini menjadi moyang

Keadaan di perkarangan Istana Buckingham di London semalam

Kanak-kanak yang merasa teruja menanti kelahiran bayi diraja memanjat pintu gerbang istana

Mesej yang dipaparkan di luar istana memberitahu dunia bahawa terdapat seorang putera baru dalam keluarga diraja British

Kira-kira 31 tahun yang lalu, Putera Charles dan mendiang Puteri Diana teruja menyambut kelahiran Putera William

Keluarga diraja Britain semasa satu acara rasmi pada 22 Jun yang lalu


LONDON - Isteri Putera William, Kate Middleton selamat melahirkan seorang putera seberat 3.8 kilogram di Hospital St Mary, Padington jam 4.24 petang semalam. 
Putera William merupakan cucu kepada Ratu Elizabeth dan putera sulung kepada Putera Charles yang merupakan putera sulung kepada Ratu Elizabeth, iaitu pewaris takhta Britain yang pertama. 
Putera yang belum diberi nama itu akan bergelar Duli Yang Teramat Mulia dan dikenali sebagai Prince (Nama) of Cambridge. 
Putera baru ini akan menjadi pewaris ketiga takhta Britain selepas ayahandanya, Putera Wiliiam dan menyebabkan Putera Harry (adinda Putera William) turun menjadi pewaris keempat.

Berita 23.7.2013 


Putera William dan isteri keluar dari hospital bersama putera mereka

Putera William melambaikan tangan kepada para hadirin yang setia menanti di luar hospital

Kate, isteri Putera William tersenyum sambil menggendong putera yang baru lahir

Pasangan diraja bersama bayi mereka di halaman hospital

Wajah putera hasil perkongsian hidup Putera William dan isterinya, Kate Middleton

Berhadapan dengan para wartawan yang setia menanti

Kate menyerahkan putera kepada ayahandanya

Putera William menerima puteranya

Putera William menatap wajah puteranya

Giliran Putera William menggendong puteranya

Akhirnya Putera William membawa puteranya menuju ke kenderaan

Wajah bayi diraja yang bakal mewarisi takhta Britain

Putera William memandu kereta membawa pulang isteri dan putera tersayang


LONDON - Pewaris takhta diraja Britain, Putera William dan isterinya, Kate Mid- dleton mempertonton bayi mereka kepada khalayak semasa meninggalkan sebuah hospital di sini kelmarin. 
Orang ramai, wartawan dan jurugambar berkumpul di hadapan Sayap Lindo Hospital Saint Mary di sini untuk melihat putera baharu tersebut. 
Pasangan diraja itu melambai dan bergilir mendukung bayi mereka yang dibaluti selimut putih dengan hanya kepala dan tangannya kelihatan. 
"Kami masih mencari nama yang sesuai secepat mungkin," kata William kepada wartawan sambil menambah, beliau kini amat gembira. 
"Dia mempunyai raut wajah ibunya, syukurlah," kata William kepada wartawan sambil menjeling ke arah Kate. 
Pasangan tersebut meneruskan tradisi memberi kesempatan kepada orang ramai melihat anggota keluarga diraja baharu itu semasa mereka keluar dari hospital. 
Perkara sama pernah dilakukan oleh bapa William, Putera Charles dan mendiang ibunya, Puteri Diana. 
Ibu bapa Kate merupakan pelawat pertama yang menziarahi pasangan itu dan bayi mereka. 
Bayi itu merupakan pewaris ketiga takhta diraja Britain selepas datuknya, Charles dan bapanya, William, 31. Putera Harry merupakan pewaris keempat. 
Bagi meraikan kelahiran putera baharu itu, Artileri Diraja Britain melepaskan 41 das tembakan ke udara di Green Park di sini dan 62 das tembakan di Menara London. - Reuters/Kosmo Online


Berita 24.7.2013

Bayi kepada Putera William dan Kate ini sudah diberi nama

Istana Kensington mengumumkan nama penuh bayi ini ialah George Alexander Louis

Bayi ini akan dikenali sebagai Prince George dan merupakan pewaris ketiga takhta Britain

LONDON - Duke dan Duchess of Cambrigde semalam mengumumkan nama anak lelaki mereka yang baru dilahirkan kelmarin sebagai George Alexander Louis. 
Menurut kenyataan dari kediaman rasmi pasanagn diraja itu di Clarence House, nama itu akan membawa gelaran Royal Highness Prince George of Cambridge. 
Pasangan itu kini sedang menikmati detik-detik manis bersendirian untuk menjaga bayi mereka. 
Terdahulu, Queen Elizabeth II turut melawat bayi diraja itu buat pertama kalinya di Kensington Palace. 
Putera Harry juga dilaporkan turut mengadakan lawatan bagi menyambut anak saudaranya itu. 
Rakyat UK dan orang ramai berkumpul di luar Hospital St Mary bagi menyambut dan melihat bayi Putera William dan Kate itu. - Sinar Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.