Selasa, 23 Julai 2013

Pesawat Baru Skylon Lebih Laju Daripada Bunyi

Rupa bentuk enjin baru yang lebih laju daripada enjin jet pesawat biasa. Foto: reactionengines

Enjin baru ini akan digunakan oleh pesawat baru 'Skylon'

Pihak Reaction Engines berkata, enjin baru ini menggunakan teknologi sistem pra-pendingin

Perbandingan antara pesawat Skylon dengan pesawat jet biasa Concorde dan Airbus

Skylon yang panjangnya 84 meter mampu membawa 300 penumpang berharga AS$1.1 bilion (RM3.49 bilion)

Skylon boleh berlepas dan mendarat di lapangan terbang biasa, mengurangkan kos penerbangan angkasa


LONDON - Sebuah syarikat aeroangkasa di Britain sedang membangunkan pesawat baharu yang mampu sampai ke mana-mana destinasi di dunia dalam masa singkat. 
Selain itu, pesawat berteknologi tinggi itu juga boleh terbang ke angkasa lepas. 
Firma aeroangkasa Britain, Reaction Engines dikatakan sedang membangunkan sebuah pesawat yang dipercayai mampu membawa para penumpang ke mana-mana sahaja di dunia dalam masa empat jam. 
Pihak Reaction Engines berkata, perkara itu mampu dilakukan melalui teknologi sistem pra-pendingin. 
Dalam satu rakaman video, Ketua Kejuruteraan Reaction Engines, Alan Bond berkata, udara sejuk itu membolehkan enjin jet mengeluarkan kuasa yang jauh lebih tinggi berbanding sekarang. 
"Teknologi ini membolehkan pesawat mencapai lima kali ganda kelajuan bunyi dengan mudah," kata Bond. 
Syarikat itu berharap dapat menggunakan teknologi tersebut untuk membina sebuah pesawat yang mampu memuatkan 300 penumpang. 
Ia yang dinamakan Skylon, sepanjang 84 meter dan dan dianggar berharga AS$1.1 bilion (RM3.49 bilion). 
Pesawat tersebut dijangka melakukan penerbangan pandu uji pada 2019. - Agensi/Kosmo! Online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.