Isnin, 15 Julai 2013

Tiket Bas Ekspres Raya Ke Kelantan Habis

Tiket bas ekspres ke Kelantan telah habis dijual walaupun Ramadan baru sahaja bermula. Foto: Malaysia-Expressbus

Kebanyakan penjual tiket yang ditemui mengakui tiket ke Kelantan laris umpama pisang goreng panas. Foto: Kosmo

Tiket bas ekspres ke Kota Bharu dari Hentian Putra pada 1 hingga 7 Ogos telah habis. Foto: Panoramio


KUALA LUMPUR - Warga kota yang ingin pulang ke Pantai Timur, terutamanya ke Kelantan kini perlu mencari alternatif lain apabila kebanyakan tiket bas ekspres ke destinasi berkenaan habis dijual walaupun Ramadan baru sahaja bermula. 
Tinjauan Kosmo! ke Hentian Putra di sini semalam mendapati, kebanyakan tiket untuk perjalanan pulang berhari raya ke Kelantan dari 2 hingga 7 Ogos depan sudah habis dijual sejak 13 Julai lalu dan yang tinggal hanyalah tiket-tiket bas tambahan. 
Kebanyakan penjual tiket yang ditemui mengakui tiket ke Kelantan laris umpama pisang goreng panas kerana habis terjual pada hari pertama dan kedua jualan dibuka. 
Kakitangan syarikat bas Darul Naim Express Sdn. Bhd., Ahmad Affiq Abdul Halim, 22, berkata, tiket ke Kota Bharu dari Hentian Putra pada 1 hingga 7 Ogos telah habis sejak mula dijual tiga hari lalu. - Kosmo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.