Khamis, 1 Ogos 2013

Bateri H/P Baru Mampu Bertahan 35 Hari

Philips mengeluarkan telefon pintar Xenium W8510. Foto: NBC News

Bateri telefon pintar Xenium W8510 mampu bertahan dalam mod 'standby' sehingga 35 hari. Foto: Telephone Reviews

Pandangan sisi belakang. Foto: HWP

Pandangan sebelah hadapan. Foto: HWP


Kelemahan biasa ditemui pada telefon pintar pastinya mengenai ketahanan baterinya. Tambahan pula pada mereka yang kerap menggunakan telefon pintar untuk bersosial. 
Lantaran itu kini banyak pengeluar telefon pintar menawarkan telefon pintar terbaru dengan kualiti bateri yang mampu bertahan lebih lama. 
Salah satunya adalah Philips dengan telefon pintar Xenium W8510. Teknologi ini menjanjikan bateri yang mampu bertahan dalam keadaan `standby’ selama 35 hari. 
Selain itu, bateri telefon ini juga mampu bertahan selama 18 jam pemakaian waktu berbual menggunakan 3G serta 14 jam untuk melayari internet memakai jaringan WiFi. 
Bateri ini sendiri memiliki kapasiti yang besar, 3300 mAh. Menariknya, telefon pintar ini mempunyai kemampuan pengisian bateri yang cepat. 
Dengan pengisian bateri selama 10 minit, telefon ini mampu bertahan dalam keadaan 'stand by' selama 20 jam atau dua jam masa berbual. Sementara itu pengisian bateri selama 30 minit menghasilkan daya tahan `stand by’ selama hampir 57 jam. - Berita Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.