Khamis, 1 Ogos 2013

Bayi Gergasi?

Bayi seberat 6.35 kg yang diberi nama Jasleen ini mencatat rekod sebagai bayi paling besar pernah dilahirkan di Jerman

Doktor Perunding Matthias Knuepfer bersama seorang jururawat sedang memeriksa Jasleen

Ibu Jasleen yang berusia 20 tahun dikesan menghidap diabetes semasa mengandung. Foto: Alliance

Tapak kaki Jasleen. Foto: WPN


LEIPZIG - Seorang ibu di Jerman selamat melahirkan bayi perempuan seberat 6.35 kilogram (kg) berukuran 57 sentimeter (cm) secara normal di sini pada 26 Julai lalu. 
Bayi yang diberi nama Jasleen itu mencatat rekod sebagai bayi paling besar pernah dilahirkan di negara ini. 
Akhbar tempatan Die Weil melaporkan ibu bayi tersebut yang berusia 20 tahun sebelum ini dikesan menghidap diabetes semasa mengandung. 
Walaupun bayi itu besar, ibunya melahirkan Jasleen di Hospital Universiti Leipzig di sini tanpa perlu menjalani pembedahan Caesarean. 
"Beberapa doktor memberitahu bayi saya besar disebabkan masalah diabetes atau tekanan yang saya hadapi," kata wanita itu. 
Dia dan bayinya kini berada dalam keadaan stabil. Jasleen masih ditempatkan di unit rawatan rapi hospital berkenaan. - Agensi/Kosmo Oline

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.