Rabu, 28 Ogos 2013

Beli Kereta Secara Tunai Dengan Wang Kecil

Seorang lelaki membeli kereta berharga £16,000 (RM82,575) secara tunai dengan wang kecil

Zhang menggunakan sepuluh kotak untuk membawa wang kertas dan duit syiling ke kedai menjual kereta

Zhang seorang peniaga makanan menggunakan wang kertas berkenaan yang diterima daripada para pelanggannya

Wang tunai itu kemudiannya dibawa ke sebuah bank dan di sana dua orang kerani diperlukan untuk mengiranya


ZHENGZHOU - Seorang jurujual di China terkejut apabila seorang ahli perniagaan membayar tunai kereta yang dibelinya dengan menggunakan sejumlah wang kecil, lapor akhbar Daily Mail semalam. 
Lelaki itu yang dikenali sebagai Zhang membuat bayaran berjumlah £16,000 (RM82,575) menggunakan 10 buah kotak berisi wang kertas satu yuan (RM0.54) dan duit syiling. 
Dia yang dikenali sebagai Zhang menghantar lebih 10 buah kotak kepingan wang kertas dan syiling. 
Urusniaga berkenaan berlaku di sebuah pusat automotif di bandar ini, dalam wilayah Henan. 
Kesemua wang itu kemudian dibawa ke sebuah bank yang mana dua orang kerani diperlukan untuk mengiranya. 
Masa selama beberapa jam diperlukan untuk mengira sejumlah 13,000 yuan (RM7,071) wang kecil itu. - Agensi/Kosmo!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.