Selasa, 27 Ogos 2013

Usahawan Keropok Yang Berjaya

Kak Yah Keropok Lekor menawarkan pelbagai jenis keropok losong termasuk jenis rebus dan goreng. Foto: Kak Yah Blogspot

Sariah Ismail, 55, pemilik Kak Yah Keropok Lekor. Foto: Kak Yah Blogspot

Kaunter jualan keropok lekor. Foto: Kak Yah Blogspot

Ruang tempat makan dan minum juga disediakan. Foto: Kak Yah Blogspot

Keropok kering. Foto: Kak Yah Blogspot

Keropok lekor berjaya dikomersialkanFoto: Kak Yah Blogspot

Stok sagu untuk kegunaan membuat keropok lekor. Foto: Kak Yah Blogspot

Tepong sagu dijemur terlebih dahulu sebelum digunakan sebagai bahan membuat keropok. Foto: Kak Yah Blogspot

Kebersihan kilang diutamakan. Foto: Kak Yah Blogspot

Tempat menggentel keropok. Foto: Kak Yah Blogspot

Keropok yang sudah siap direbus. Foto: Kak Yah Blogspot

Kebersihan kilang mendapat pengiktirafan. Foto: Kak Yah Blogspot


Sos pencecah keropok losong dihasilkan Sariah Ismail, 55, membezakan produk itu dengan pesaingnya menyebabkan Syarikat KY Food Industries (M) Sdn Bhd, tidak menang tangan menerima tempahan. 
Beroperasi dari jam 8 pagi hingga 7.30 petang, perniagaan itu menawarkan pelbagai jenis keropok losong termasuk jenis rebus dan goreng yang dijual bersebelahan rumahnya di Kampung Losong Haji Su, Kuala Terengganu, Terengganu. 
Penggunaan ikan tamban dan selayang segar menjadi rahsia keropok losong syarikat itu. 
Sariah berkata, kira-kira setan isi ikan digunakan untuk pembuatan keropok losong sempena cuti persekolahan dan umum. 
Foto
Sariah dan suami menunjukkan kejayaan mereka. Foto: myMetro

“Bekalan ikan juga tidak menentu dan pada musim tengkujuh, kami terpaksa mencarinya dalam pasaran atau menggunakan stok sejuk beku. 
“Rahsia penarik kepada keropok kami mungkin air tangan dalam menyediakan bahan berkenaan,” katanya. 
Syarikat itu katanya, menggunakan 15 pekerja asing dan tempatan, selain dibantu ahli keluarga terdekat. 
“Permulaannya saya hanya menggunakan modal sekitar RM7,000 untuk membeli mesin dan periuk. Semuanya menggunakan modal sendiri. 
“Berbanding sekarang, bekalan ikan ketika itu dibeli dalam bentuk tong dan setiap tong memuatkan kira-kira 30 hingga 50 kilogram ikan. Kaedah menyiang ikan pula menggunakan tangan sebelum di bancuh menggunakan mesin seperti pembancuh laksa,” katanya. 
Perniagaan yang dibuka pada 1990 dikembangkan kepada skala lebih besar dengan pembelian mesin pembancuh bernilai RM5,000. 
Foto
Para pekerja sedang memproses keropok. Foto: myMetro

“Sedap atau tidak sesuatu produk keropok losong bergantung kepada kesegaran ikan. 
“Dulu, persaingan tidak sehebat sekarang, kini bilangan gerai keropok losong bertambah,” katanya. 
Dia yang juga usahawan bimbingan FAMA mengakui agensi itu banyak membantu mempromosikan produknya. 
“Bila FAMA lihat perniagaan kami mampu berdaya saing, mereka membantu membina ‘pusat sehenti’ keropok losong. 
“Ini membolehkan lebih banyak produk basah seperti karipap dan roti canai segera turut dijual,” katanya. 
Katanya, Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) membantu membangunkan perniagaannya, selain mendapat geran daripada SME Corporation. 
“Dana diperoleh itu digunakan untuk membeli mesin, bilik sejuk beku dan periuk rebus,” katanya. 
Katanya, pendapatan harian meningkat daripada RM1,200 kepada RM4,000 sehari dan hasil naik seganda pada musim cuti sekolah. - Mohd Sabran Md San/myMetro

1 ulasan:

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.