Selasa, 6 Ogos 2013

Bina Taman Atas Bumbung Kenderaan

Bas pertama yang menggunakan konsep PhytoKinetic atau taman hijau di atas bumbung kenderaan

Ini pula ialah van pertama di dunia ini yang menggunakan bumbung PhytoKinetic

Bas ini sedang digunakan untuk mengangkut pelancong di Girona, Sepanyol

Marc Granen yang mencetuskan idea sistem landskap PhytoKinetic

Taman bergerak ini diharap dapat membantu menyelesaikan masalah pencemaran udara di kawasan bandar

Van taman ini akan menjadi salah satu daripada tarikan utama semasa Kongres Hijau Antarabangsa di Nantes


Pelbagai prototaip bas diubahsuai menjadi taman-taman bergerak untuk membersihkan udara di bandar-bandar yang kekurangan kawasan hijau. 
Sistem Landskap cetusan idea artis Marc Granen yang dinamakan PhytoKinetic menggunakan pemeluwapan dari sistem penyaman udara kenderaan untuk air bumbung. Taman ini juga boleh disiram secara manual. 
Bas pertama yang menggunakan bumbung berdasarkan konsep idea Granen sedang digunakan untuk mengangkut pelancong di Girona, Sepanyol. 
Minggu lalu Granen menyiapkan van pertama di dunia ini yang menggunakan bumbung PhytoKinetic. 
Granen berkata, "Kawasan hijau adalah penting untuk fotosintesis, satu proses di mana tumbuh-tumbuhan menyerap karbon dioksida dan melepaskan oksigen untuk membersihkan udara yang kita sedut. 
"Sepatutnya 'paru-paru kota' berkembang pada kadar yang sama dengan pertambahan penduduk, tetapi kawasan hijau yang amat diperlukan tidak sentiasa ada. 
"Phytokinetic telah berkembang daripada andaian, dengan matlamat untuk menyampaikan penyelesaian yang praktikal dan nyata. 
"Jika mencari ruang baru untuk membina taman-taman di bandar menjadi masalah, kita boleh menggunakan ruang yang sudah wujud, seperti bumbung pengangkutan awam bandar. 
"Misi kami adalah untuk memperluaskan kawasan taman di kota, meningkatkan penyerapan karbon dioksida dan memberikan pengangkutan awam tarikan ekologi dan pelancongan yang baru." 
Sistem ini menggunakan buih hidroponik ringan setebal tujuh sentimeter yang mengekalkan kelembapan dan membantu mengurangkan berat ketika hujan turun berterusan. 
Renek kecil boleh ditanam berdasarkan kesesuaian dengan iklim sesuatu bandar. 
Granan kini dalam perbincangan dengan syarikat kereta yang berminat untuk menaja satu kumpulan di Barcelona. 
Van taman cetusan idea beliau akan menjadi salah satu daripada tarikan utama semasa Kongres Hijau Antarabangsa di Nantes pada bulan September yang akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.