Khamis, 29 Ogos 2013

Kastam AS Musnahkan Land Rover Defender

Ini ialah Land Rover Defender terpakai yang diimport ke Amerika Syarikat (AS) dari Britain

Bagaimanapun pegawai kastam mengisytiharkan kenderaan ini 'tidak layak' untuk jalan raya AS

Kenderaan Defender yang 'tidak selamat' ini kemudiannya diangkat oleh jentera JCB

Defender kemudian dicengkam oleh penyepit berkuasa tinggi

Kemudian terdengar besi remuk dan kaca pecah

Dengan serta-merta Defender mengalami susut nilai

Maka peniaga yang cuba mengimport kenderaan ini akan mengalami kerugian

Kini ia hanya besi skrap

Kastam AS mengeluarkan gambar dramatik ini untuk menghalang pengimport lain daripada cuba mengimport kenderaan ini

Impian pengimport untuk mendapat untung besar musnah bersama musnahnya Defender ini



Penyepit raksaksa mengangkat Land Rover Defender dan operator bersedia untuk memusnahkan kenderaan eksklusif itu dengan perintah kastam Amerika Syarikat (AS). 
Sejurus kemudian kedengaran bunyi logam remuk dan kaca pecah menjadikan nilai kenderaan ini kurang daripada harga asal AS$100,000 (RM319,350) kepada hanya AS$30 (RM95.80) dalam beberapa saat. 
Legenda Land Rover Defender - kegemaran Keluarga Diraja - gagal melepasi undang-undang keselamatan AS yang ketat dan telah diharamkan dari jalan raya kerana tidak mempunyai beg udara. 
Semua model berusia kurang daripada 25 tahun dari seberang Lautan Atlantik sepatutnya mempunyai ciri-ciri keselamatan. 
Hasilnya, terdapat pasaran yang lumayan bagi kenderaan buatan British, yang boleh mencecah sehingga enam kali nilai di negara itu, dan sering dijual di AS melebihi AS$100,000 (RM319,350). 
Ini telah mewujudkan pasaran gelap yang menguntungkan, dengan pengimport model ini cuba untuk menipu kastam secara haram mengubah kenderaan itu dan memberikannya plat nombor pendaftaran B. 
Tetapi eksploitasi mereka disedari oleh pegawai sempadan Pelabuhan Baltimore, yang merampas kenderaan ini sebagai 'barangan import haram dan tidak selamat'. 
Walaupun terkenal dengan kualiti tahan lasak, Land Rover tidak setanding dengan penyepit raksaksa yang sangat berkuasa . 
Hanya satu cengkaman mampu membuatkan kenderaan pacuan 4x4 itu menjadi besi skrap, dengan bangkainya dibuang di atas timbunan besi buruk. 
Kastam dan Perlindungan Sempadan (Custom and Border Protection - CBP) AS telah mengeluarkan gambar-gambar kereta British sedang dihancurkan dengan cara yang menakjubkan dalam usaha untuk memberi amaran kepada pengimport haram. 
Robert Hunt, pengurus program hal ehwal awam untuk CBP, berkata, "Land Rover Defender tidak memenuhi peraturan keselamatan jalan raya AS dan dengan itu ia perlu dimusnahkan. 
"Pengimport memanipulasi Defender untuk menjadikan ia kelihatan berusia lebih 25 tahun supaya mereka boleh mengimportnya secara sah. (Tetapi) Mereka tidak melepasinya. 
"Ia harus disita dan kerana ia telah dimanipulasi secara haram, kita tidak boleh menawarkan untuk jualan semula atau mengeksport semula dan kami terpaksa memusnahkannya. 
"Orang fikir mereka mendapat Defender 1975 tetapi mereka sebenarnya mendapat Defender 2005 yang diimport secara haram . 
"Mereka boleh menaikkan harga sehingga AS$100,000 (RM319,350) bagi kereta-kereta itu. (Tetapi) sebagai besi buruk , ia mungkin bernilai AS$30 (RM95.80) sekarang. ' 
Land Rover Defender, yang telah wujud dalam pelbagai bentuk sejak 1948, merupakan kegemaran bagi petani, angkatan tentera dan Keluarga Diraja. 
Ratu dikenali sebagai seorang peminat kereta ikonik dan telah difilemkan memandunya di sekitar ladang Balmoral. 
Land Rover mengimport kira-kira 7,000 Defender 1993-1997, tetapi terpaksa menghentikannya kerana gagal melepasi peraturan yang diperkenalkan pada tahun 1998 . 
Defender yang berusia lebih 25 tahun juga tidak dilengkapi beg udara, tetapi semua kenderaan dari zaman itu dikecualikan oleh kerajaan. - Mail Online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.