Khamis, 19 September 2013

Penentang Kerajaan Syria Guna iPad

Tentera pembebasan Syria menggunakan iPad untuk melancar serangan mortar ke arah tentera rejim Bashar di Damsyik

Ini bukan kali pertama pemberontak di Jobar menggunakan teknologi Apple sasaran Assad

Mereka menggunakan walkie talkie dan komputer tablet untuk menjadikan peluru mengenai sasaran mereka


DAMSYIK - Kumpulan penentang Presiden Syria, Bashar Al-Assad dilihat menggunakan komputer tablet iPad untuk membuat sasaran serangan ke atas pasukan tentera rejim di sini, lapor akhbar Daily Mail kelmarin. 
iPad digunakan oleh tentera tersebut kerana terdapat satu aplikasi yang sesuai digunakan untuk membuat sasaran sebelum melancarkan serangan. 
Sekumpulan tentera penentang di Jobar dilihat menggunakan sebuah iPad untuk melakukan sasaran ke atas beberapa buah kubu tentera rejim di Damsyik. 
Kumpulan penentang itu berkata, keadaan perang menjadikan mereka semakin kreatif. 
Jadi, penggunaan iPad menjelaskan tentang kaedah luar biasa digunakan oleh tentera pembebasan Syria untuk melakukan sasaran serangan mortar ke atas kubu tentera rejim. 
Beberapa anggota pasukan tentera penentang, Ansar Dimachk, pada 15 September lalu dilihat menggunakan iPad untuk melancarkan mortar buatan sendiri. 
Spekulasi mula tersebar di laman sosial Twitter yang mendakwa bahawa tentera penentang itu mungkin menggunakan aplikasi pengimbangan untuk menentukan sudut tembakan. - Agensi/Kosmo! Online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.