Khamis, 19 September 2013

Misteri Mayat Dalam Kereta Di Dasar Tasik

Dua kereta lama ini ditemui di dasar tasik secara tidak sengaja semasa polis menguji peralatan sonar baru mereka

Penemuan di Tasik Foss ini dipercayai dapat menyelesaikan kes kehilangan beberapa individu yang berlaku lebih 40 tahun lalu

Sebuah daripada kereta yang ditemui itu ialah kereta Chevrolet keluaran 1950-an

Kereta Chevrolet model tahun 1950-an ini serupa dengan kereta Chevrolet yang ditemui di dasar tasik Foss

Jimmy Allen Williams dilaporkan hilang ketika berusia 16 tahun pada tahun 1970. Di belakang Williams ialah kereta Camaro

Jimmy Williams

Leah Gail Johnson

 Thomas Michael Rios

Tasik Foss dekat Elk City, tempat dua kereta lama ditemui

Lokasi Tasik Foss


OKLAHOMA - Enam mayat ditemui dalam dua kenderaan lama dari dasar sebuah tasik, semalam. 
Penemuan itu pula berlaku secara tidak sengaja apabila polis menguji peralatan sonar baru mereka. 
Penemuan di Tasik Foss dekat Elk City itu dipercayai dapat menyelesaikan kes kehilangan beberapa individu yang berlaku lebih 40 tahun lalu. 
Dua kenderaan yang ditemui ialah kereta Chevrolet keluaran 1950-an dan Camaro keluaran 1969. 
Di dalam Camaro itu polis menemui tiga set rangka dipercayai remaja tempatan yang hilang selepas keluar memandu pada 1970. 
Di dalam Chevrolet pula, terdapat tiga lagi mayat iaitu lelaki berusia 69 tahun dan dua rakannya yang hilang pada akhir 1950-an atau awal 1960-an. 
Pihak berkuasa belum mengenal pasti mayat secara rasmi, tetapi akhbar tempatan sudah mendapat kaitan jelas antara Camaro dan remaja yang hilang berkenaan. 
Mereka masih menunggu keluarga mangsa yang terbabit mendedahkan nama mereka. 
Jimmy Allen Williams 16, Thomas Michael Rios, 18, dan Leah Gail Johnson, 18, hilang pada 20 November 1970 selepas menaiki Camero milik Williams. 
Walaubagaimanapun, selepas 40 tahun, mereka masih disenaraikan sebagai orang yang hilang selepas dipercayai lesap ketika menuju ke perlawanan bola sepak dekat Elk City. - Agensi/myMetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.