Ahad, 13 Oktober 2013

Keturunan Otzi Manusia Salji Ditemui

Sainstis Austria menjejaki keturunan ke-19 mumia berusia lebih 5,300 tahun yang dikenali sebagai Otzi

 Otzi mempunyai mutasi genetik yang sepadan dengan sampel DNA mereka yang tinggal di Austria

Mumia Otzi ditemui pada September 1991 di Ă–tztal Alps, berhampiran gunung Similaun dan Hauslabjoch di sempadan Austria-Itali

Kini, Otzi ditempatkan di dalam sebuah bilik sejuk khas di muzium di Bolzano, Italy


TYROL - AUSTRIA. Sainstis Austria menjejaki keturunan ke-19 kepada pemilik mumia berusia lebih 5,300 tahun iaitu lelaki ais atau lebih dikenali sebagai Otzi di pergunungan Alps. 
Menurut laporan Daily Mail Penyelidik dari Institut Perubatan Undang-Undang di Universiti Perubatan Innsbruck mengambil sampel DNA daripada lebih 3,700 penderma darah di Tyrol, dan memadankan genetik Otzi dengan mayat ditemui pada 1991 berhampiran pergunungan Similaun, sempadan Austria dan Itali. 
Otzi berketinggian 159 sentimeter meninggal dunia pada usia 46 tahun akibat penyakit Lyme iaitu parasit bakteria yang disebarkan oleh kutu. 
Kini, Otzi ditempatkan di dalam sebuah bilik sejuk khas di muzium di Bolzano, Italy. - Sinar Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.