Rabu, 2 Oktober 2013

Masalah Brek: BMW Panggil Semula 176 Ribu Kereta

Kereta BMW 125i compact

Kereta BMW 320i

Kereta BMW 528i sedan

Sebanyak 176,000 kereta BMW menghadapi masalah sistem brek kuasa (power brake system)


FRANKFURT - JERMAN. Pengeluar kereta mewah BMW terpaksa memanggil semula 176,000 model kenderaan itu yang dikeluarkan pada tahun 2012 hingga 2014 berikutan masalah sistem brek kuasa (power brake system). 
Menurut laporan AP, BMW menegaskan, dalam kes yang jarang terjadi ini, terdapat gangguan pada penyaluran minyak kepada bahagian tertentu yang akhirnya menjejaskan kuasa membrek. 
Bagaimanapun, brek tersebut masih boleh beroperasi, tetapi pemandu perlu menekan lebih kuat pedalnya. 
Kenderaan yang dipanggil semula ini hanya melibatkan model yang dijual di Amerika Syarikat (AS) sahaja. 
Model BMW yang terjejas mempunyai empat silinder, 2-liter enjin gasolin dan termasuk 125i compact; 320i and 328i sedan; 520i and 528i sedan; X1 28i, 20i and 16i SUVs; X3 20i and 28i SUV; and Z4 28i, 20i and 18i sports. 
Pemilik kenderaan terbabit akan dimaklumkan melalui email kenderaan mereka merupakan antara yang memerlukan pembaikan semula. 
BMW menegaskan, sekiranya 'brake-assist power' rosak, pemandu perlu segera memberhentikan kenderaan dan mendapatkan bantuan. - Sinar Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.