Selasa, 26 November 2013

Kereta Api Bertembung Van Di Switzerland

Seramai 11 orang cedera apabila kereta api pelancong bertembung dengan van di Switzerland. Foto: SRF

Kereta api pelancong sedang melalui kawasan pergunungan bersalji di Valais. Foto: Keystone

Van remuk teruk. Foto: Keystone

Seramai 41 orang berada dalam kereta api semasa kemalangan berlaku. Foto: Keystone

Tiga gerabak kereta api tergelincir. Foto: Keystone


GENEVA: Seramai 11 orang mengalami kecederaan apabila kereta api pelancong bertembung dengan van di Banjaran Alps menyebabkan tiga gerabak tergelincir, kata polis hari ini. 

"Seramai 41 orang berada dalam kereta api itu. Dua mengalami kecederaan parah dan sembilan lagi cedera ringan," kata polis dalam kenyataan. 

Kereta api pelancong itu sedang melalui kawasan pergunungan bersalji di Valais, merempuh van terbabit yang sedang menyeberangi lintasan berkenaan dekat kampung Moerel. 

Polis berkata, pemandu van dan konduktor kereta api tidak mengalami kecederaan. - AFP/Berita Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.