|
Seramai 11 orang cedera apabila kereta api pelancong bertembung dengan van di Switzerland. Foto: SRF |
|
Kereta api pelancong sedang melalui kawasan pergunungan bersalji di Valais. Foto: Keystone |
|
Van remuk teruk. Foto: Keystone |
|
Seramai 41 orang berada dalam kereta api semasa kemalangan berlaku. Foto: Keystone |
|
Tiga gerabak kereta api tergelincir. Foto: Keystone |
GENEVA: Seramai 11 orang mengalami kecederaan apabila kereta api pelancong bertembung dengan van di Banjaran Alps menyebabkan tiga gerabak tergelincir, kata polis hari ini.
"Seramai 41 orang berada dalam kereta api itu. Dua mengalami kecederaan parah dan sembilan lagi cedera ringan," kata polis dalam kenyataan.
Kereta api pelancong itu sedang melalui kawasan pergunungan bersalji di Valais, merempuh van terbabit yang sedang menyeberangi lintasan berkenaan dekat kampung Moerel.
Polis berkata, pemandu van dan konduktor kereta api tidak mengalami kecederaan. - AFP/Berita Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.