Isnin, 25 November 2013

Naib Presiden Indonesia Disoal Siasat 10 Jam

Naib Presiden Indonesia Boediono disoal siasat 10 jam oleh Suruhanjaya Pembenterasan Rasuah (KPK). Foto: Imej Google

Para pelajar universiti mengadakan protes di luar ibu pejabat Suruhanjaya Pembenterasan Rasuah (KPK). Foto: JG

Pelajar universiti secara simbolik memegang kepala Sri Mulyani (mantan Menteri Kewangan) dan kepala Boediono. Foto: JG


JAKARTA - Naib Presiden Indonesia Boediono berkata, dia disoal siasat sebagai saksi oleh pegawai agensi antirasuah negara itu ekoran isu kontroversi ikat jamin bank dalam kes yang menjejaskan kredibiliti kerajaan menjelang pilihan raya tahun depan. 
Kes itu mengetengahkan ikat jamin kerajaan terhadap Bank Century bernilai Rp6.76 trilion (RM1.8 bilion) ketika krisis kewangan pada 2008. 
Jumlah keseluruhan yang dibayar bagi menyelamatkan bank berkenaan jauh lebih tinggi berbanding cadangan awal sebanyak Rp680 bilion (RM1.8 juta) dan wang jaminan didakwa disalurkan oleh individu yang berkedudukan tinggi. 
Boediono menjadi gabenor bank pusat ketika tempoh ikat jamin itu. 
Katanya, dia disoal siasat pegawai Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah selama 10 jam. 
“Tumpuan siasatan ialah mengenai kemudahan pinjaman jangka pendek. 
“Ada banyak soalan yang saja jawab sebaik mungkin, dari peringkat awal sehingga usaha menyelamat bank itu dibuat,” katanya. 
Bagaimanapun Boediono tidak memberikan butiran mengenai soal siasat itu. 
“Ia akan mengganggu proses pelaksanaan penguatkuasaan undang-undang,” katanya.- AFP/myMetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.