Isnin, 25 November 2013

Kes Cerai Jutawan Penipu

Proses perceraian jutawan Scot Young, 51, dengan bekas isterinya, Michelle Young, 49 merupakan paling panjang di Britain

Pasangan ini mendaftar perkahwinan mereka pada 1995 dan berpisah pada 2006

Rumah agam milik Scot di Oxfordshire

Wajah terkini Scot

Bekas isterinya Scot, Michelle Young bersama dua anak perempuannya, Sasha and Scarlet ketika saat bahagia

Scot bersama teman wanitanya. Foto: Getty


LONDON - Hakim mahkamah tinggi Jumaat lalu menggelar seorang jutawan terkemuka sebagai penipu dan bekas isterinya mempunyai prasangka melampau dalam kes perceraian yang memakan masa paling panjang dan pahit untuk diselesaikan di Britain. 
Scot Young, 51, didapati mempunyai kekayaan bernilai £40 juta (RM208 juta) walaupun mendakwa “tidak berduit dan muflis.” 
Bekas isterinya pula, Michelle Young, 49, sepatutnya memperoleh separuh daripada jumlah itu, kata hakim Philip Moor. 
“Kes ini agak luar biasa, kerana ia perceraian yang amat pahit,” tulisnya. 
Moor berkata, mahkamah mengambil masa lebih enam tahun dan 65 perbicaraan sebelum membuat keputusan. 
Kes itu menjadi tajuk akhbar di Britain kerana saiz tuntutan dan fakta bahawa Young menikmati bantuan kewangan daripada kawan berprofil tinggi termasuk Philip Green, bilionair yang memiliki rangkaian kedai Topshot. 
Michelle berhutang yuran peguam sebanyak £6.5 juta (RM33.8 juta), manakala Young menjalani hukuman penjara enam bulan kerana gagal mendedahkan sepenuhnya aset yang dimiliki secara jujur. 
Pasangan itu berkahwin selama 17 tahun hingga 2006 dan menjalani kehidupan mewah dengan rumah agam, percutian menerusi jet peribadi dan hadiah barang kemas berlian yang dibiayai pelaburan Yayasan Scot Young dalam hartanah, teknologi dan penubuhan syarikat. 
Semuanya hancur apabila perkahwinan berantakan seiring dengan apa yang disifatkan Young sebagai kehancuran empayar perniagaannya hingga menyebabkan dia “tidak berduit dan muflis” dengan hutang tertunggak £28 juta (RM145 juta). 
Moor berkata, mustahil untuk mengetahui jumlah sebenar kedudukan kewangan Young berikutan “pelbagai penipuan yang dilakukannya.- Reuters/myMetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.