Khamis, 12 Disember 2013

Aksi Tiga Pemimpin Jadi Perhatian

Cameron, Helle dan Obama sibuk bergambar bersama menggunakan telefon bimbit Helle manakala Michelle tidak kisah

Mereka tertawa riang di saat berada di majlis perkabungan

Obama kelihatan duduk agak rapat dengan Helle berbanding isterinya, Michelle

Obama dan Helle nampak mesra tapi Michelle nampak dingin

Helle dan Obama tertawa riang tapi Michelle nampak serius

Obama berjenaka dengan Helle tetapi Michelle tetap serius

Sebelum berpisah, Obama mencium pipi Helle

Helle pernah bertemu Presiden Obama di White House pada bulan Februari tahun lalu


JOHANNESBURG - Aksi Presiden Amerika Syarikat Barack Obama bersama Perdana Menteri Denmark, Helle Thorning-Schmidt, dan Perdana Menteri Britain David Cameron ketika menghadiri upacara memperingati Nelson Mandela menjadi perbualan hangat di media sosial. 
Ketiga-tiga pemimpin dunia berkenaan sibuk bergambar (selfie) ketika upacara itu berlangsung sementara wanita pertama AS, Michelle Obama dilihat tidak menghiraukan tingkah laku suaminya. 
Kebanyakan komen di media sosial menyatakan Michelle cemburu melihat aksi suaminya itu. 
Obama dan Cameron dilihat sangat mesra dengan Helle yang duduk diapit kedua-duanya. 
Di samping itu, Helle dilihat sibuk mengambil foto mereka bertiga sambil bergurau senda. 
Sebagaimana dipetik daripada media AS, National Post semalam, reaksi Michelle sangat berbeza berbanding dengan suaminya yang asyik tersenyum lebar. Malah, Obama sempat ketawa ketika berjenaka dengan Helle. 
Di samping itu, wajah Michelle juga kelihatan serius ketika menyaksikan suaminya memegang bahu Helle sewaktu berjenaka dengan Perdana Menteri Denmark berkenaan. 
Malah, media Australia, news.com.au mengulas yang Michelle dikatakan seolah-olah bersikap dingin terhadap Helle. 
Ketika ingin berpisah, Obama dan Helle dilihat sempat berbalas ciuman di pipi. 
Sementara itu, aksi Cameron mendapat kritikan media Britain. 
Seorang penganalisis akhbar The Telegraph menyatakan tingkah laku Cameron sebagai pemimpin negara dilihat tidak sopan dalam majlis itu. 
Aksi ketiga-tiga pemimpin dunia itu turut menjadi perbicaraan hangat di Twitter terutama ketika upacara yang diselubungi kedukaan ekoran pemergian Mandela sedang berlangsung. Kelihatannya ketiga-tiga mereka tidak prihatin dengan upacara sedemikian.- Agensi/myMetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.