Khamis, 12 Disember 2013

Bekas Penghina Islam Dipakaikan Jubah

Imam Besar Masjidil Haram membuka jubahnya dan disarungkan kepada lelaki Belanda yang pernah menghina Islam. Foto: ArabNews

Sheikh Abdul Rahman Al Sudais, Imam Besar Masjidil Haram. Imej: Google

Van Doorn, 47, yang juga bekas anggota Parti Kebebasan anti-Islam, dilaporkan memeluk Islam awal tahun ini. Foto: omroepwest


RIYADH - Golongan ilmiah yang menghadiri persidangan keagamaan semalam dikejutkan dengan tindakan Imam Besar Masjidil Haram membuka jubah dipakainya sebelum disarungkan kepada lelaki Belanda yang pernah menghina Islam sebelum menjadi seorang Muslim. 
Sebaik tamat ucapannya, Sheikh Abdul Rahman Al Sudais terus menghampiri Arnoud van Doorn sebelum menyarungkan jubah itu pada badannya. 
“Memang tindakannya itu yang dilakukan di hadapan ratusan perwakilan amat mengejutkan,” lapor akhbar Sada, semalam. 
Menurut laporan itu, Van Doorn menghadiri persidangan berkenaan yang memperjuangkan Nabi Muhammad (SAW). 
Van Doorn, 47, yang juga bekas anggota Parti Kebebasan anti-Islam, dilaporkan memeluk Islam awal tahun ini dan menunaikan haji, Oktober lalu. - Agensi/myMetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.