Sabtu, 14 Disember 2013

Baitulmuqaddis Dilanda Salji

Tembok Barat dan Kubah Batu yang menjadi tempat suci orang Yahudi dan Islam di Baitulmuqaddis dilitupi salji semalam

Penduduk Palestin bersiar-siar di halaman Kubah Batu berdekatan Masjid al-Aqsa

Pemandangan di bandar lama Baitulmuqaddis yang diliputi salji setebal 50 sentimeter

Seorang penduduk Palestin sedang mengambil wuduk

Seorang penduduk Yahudi sedang beribadat dekat Timbok Ratapan

Kenderaan yang terkandas akibat salji tebal

Seorang pemuda Palestin sedang solat di halaman Kubah Batu


BAITULMUQADDIS - Ribut salji melanda kota ini dan beberapa bahagian Tebing Barat yang ditakluki oleh Israel semalam. 
Fenomena yang jarang berlaku itu menyebabkan aktiviti di kota ini lumpuh manakala beratus-ratus buah kenderaan terkandas selepas jalan-jalan raya tidak dapat dilalui. 
Pihak berkuasa Israel berkata, salji tebal mencecah 50 sentimeter turun di sini sejak kelmarin. 
"Sepanjang 54 tahun saya hidup di sini, saya tidak pernah melihat pemandangan seperti ini (salji) kata Datuk Bandar Baitulmuqaddis, Nir Barkat. 
Ribut salji itu menyebabkan pasukan penyelamat, polis dan tentera terpaksa berkerja keras untuk mengeluarkan beratus-ratus orang yang terkandas di dalam kenderaan mereka di beberapa buah lebuh raya dekat sini. 
Dalam pada itu, lebih 500 penduduk ditempatkan di sebuah pusat konvensyen yang dijadikan sebuah penempatan sementara. 
Semua lebuh raya menuju ke kota ini juga ditutup sehingga diberitahu kelak dengan suhu turun secara mendadak mencecah 2° Celsius ekoran salji berterusan. 
Beribu-ribu penduduk terpaksa bergelap selepas banyak kabel elektrik putus akibat dihem-pap dahan pokok yang patah. - Reuters/Kosmo! Online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.