Rabu, 11 Disember 2013

Bila Dua Pemimpin Negara Berseteru Bersalaman

Presiden Barack Obama berjabat tangan dengan Presiden Cuba, Raul Castro semalam

Saat Obama-Raul berjabat tangan mencetuskan berita utama yang menjadi tumpuan ketika majlis peringatan terakhir Mandela

Majlis peringatan terakhir kepada Mandela diadakan di sebuah stadium di Soweto

Ketibaan Presiden Cuba, Raul Castro

Ketibaan Presiden Barack Obama

Rombongan Presiden Obama disertai bekas Presiden Clinton dan bekas Presiden Bush


WASHINGTON - Presiden Barack Obama yang berjabat tangan dengan Presiden Cuba, Raul Castro semalam ketika majlis peringatan terakhir mendiang pemimpin Afrika Selatan, Nelson Mandela bukannya dirancang lebih awal. 
“Ia bukan dirancang sebegitu," kata pegawai Rumah Putih hari ini. 
“Ia adalah soal memberi penghormatan terakhir kepada Nelson Mandela dan itu yang menjadi focus utama Presiden (Obama) ketika upacara berkenaan.
"Kami amat berterima kasih kepada seluruh dunia yang mengambil bahagian dalam upacara berkenaan." 
Saat Obama-Raul berjabat tangan itu mencetuskan berita utama yang menjadi tumpuan ketika majlis peringatan terakhir kepada Mandela yang diadakan di sebuah stadium di Soweto. 
Ia bermula apabila Obama menghulur tangan untuk bersalam dengan Raul sebelum menaiki pentas untuk memberi penghormatan terakhir kepada Mandela. 
Di Cuba, laman web kerajaan merakamkan saat ketua kedua-dua negara yang selama ini menjadi seteru itu sebagai satu harapan dan bermulanya era menamatkan permusuhan AS dengan Cuba yang berlarutan selama 50 tahun. - AFP/Berita Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.