Ahad, 16 Februari 2014

Israel Cipta Senjata Laser

Kerajaan Israel kini sedang memajukan sistem pertahanan peluru berpandu yang menggunakan laser

Sistem pertahanan peluru berpandu Iron Dome digunakan untuk melindungi bandar-bandar Israel sebelum ini

Teknologi laser digunakan untuk memusnahkan roket Hammas yang disasarkan ke kawasan Israel

Sebuah  misil Iron Dome Israel yang dilancarkan untuk memintas roket yang dilancarkan dari Gaza

Iron Beam dicipta untuk memintas dron, roket dan mortar


SINGAPURA - Sebuah syarikat yang mengeluarkan peralatan senjata milik kerajaan Israel kini sedang memajukan sistem pertahanan peluru berpandu yang menggunakan laser. 
Menurut syarikat Sistem Pertahanan Canggih Rafael, sistem pertahanan seperti itu pernah ditayangkan dalam filem Star Wars. 
"Adalah pasti, ia seperti yang anda lihat di dalam filem Star Wars," kata jurucakap syarikat berkenaan, Amit Zimmer semalam. 
"Anda akan lihat, laser itu bergerak dengan pantas seperti satu kelipan cahaya dan sasaran kemudian ditembak," tambahnya. 
Beliau berada di sini kerana menghadiri Pertunjukan Udara Singapura. 
Sistem pertahanan itu yang dikenali sebagai Iron Beam dicipta untuk memintas dron, roket dan mortar. - AP/Kosmo!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.