Rabu, 5 Februari 2014

Keluarga 'Lelaki Ajaib Pasifik' Kini Gembira

Ibu José Salvador Alvarenga, María Julia (memegang foto) berkata, dia gembira kerana anaknya masih hidup

Ayahnya José Ricardo Orellana (kiri) pula berkata, perasaannya bercampur-campur, sedih ada gembira pun ada

Manakala anak Alvarenga, Fatima, 14, hendak memeluk dan mencium ayahnya sepuas hati bila bertemu nanti

 Rambut dan janggut Alvarenga sedang dipotong

Wajah terbaru Alvarenga

Bot yang digunakan oleh Alvarenga semasa hanyut di Lautan Pasifik

Alvarenga berkata, peti biru dalam bot ini beliau gunakan untuk berlindung daripada panas terik matahari

Ibu Alvarenga merasa terharu apabila mengetahui anaknya masih hidup

Ibu Alvarenga menatap foto anak lelakinya yang hilang sebelum ini


SAN SALVADOR - Keluarga nelayan yang mendakwa hanyut di Lautan Pasifik selama 14 bulan tidak dapat menahan kegembiraan mereka selepas mendengar kisah menakjubkan bagaimana dia terselamat. 
Dalam temubual yang berjaya membuktikan serta mengesahkan identitinya, ibu José Salvador Alvarenga, María Julia berkata, dia mendoakan keselamatan anaknya setiap hari malah melihatnya dalam mimpi. 
“Dalam setiap mimpi saya memang dia masih hidup namun tiba-tiba bayangan itu hilang. Saya mengalami mimpi itu beberapa hari. “Saya terlalu gembira kerana dia masih hidup dan akan kembali kepada kami tidak lama lagi,” katanya. 
Ayahnya José Ricardo Orellana berkata: “Perasaan saya bercampur-campur, sedih ada gembira pun ada. Saya tidak pernah mendoakan dia kembali kepada kami.” Anak Alvarenga, Fatima, 14, yang tinggal bersama pasangan itu juga tidak sabar menemui ayahnya itu. 
“Saya akan memeluk dan menciumnya sepuas hati,” katanya. 
Sementara itu, Alvarenga yang digelar ‘Lelaki Ajaib Pasifik’ melalui transformasi apabila rambut dan janggutnya yang hampir merah akibat terdedah kepada matahari dan air garam dipotong selepas hanyut di lautan terbesar dunia. 
Alvarenga turut mengakui semalam dia pernah terfikir untuk membunuh diri kerana hampir putus harapan. 
“Namun saya cekalkan hati dan mendoakan Tuhan menyelamatkan saya,” katanya kepada akhbar Telemundo. 
Menurutnya, perkataan pertama dituturkan ketika ditemui penduduk di Ebon Atoll adalah ‘Tortilla!’ merujuk kepada makanan di negara asalnya. - myMetro

 Berita sebelum ini di sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.