Ahad, 16 Februari 2014

Letusan Gunung Kelud Belum Sampai Puncak





YOGYAKARTA - Balai Penyelidikan dan Pengembangan Teknologi Bencana Geologi (BPPTKG) yang memantau Gunung Kelud di Jawa Timur, mendakwa, letusan gunung setinggi 1,731 meter itu belum tiba ke kemuncaknya. 
Media tempatan melaporkan, angka korban kini meningkat tujuh orang, 23 lagi masih hilang, manakala ribuan penduduk yang berlindung di pusat perlindungan sementara jatuh sakit, kebanyakannya diserang batuk, selesema dan sesak nafas. 
“Letusan belum tiba ke kemuncak,” kata Ketua Pengarah BPPTKG, Subandriyo kelmarin. 
Beliau berkata letusan seterusnya tidak mustahil lebih dahsyat berbanding letusan pertama yang berlaku jam 10.50 malam waktu tempatan 13 Februari lalu dengan gegarannya dirakam stesen pemantauan Deles, Klaten, Jawa Tengah. - Berita Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.