Jumaat, 21 Februari 2014

Serombong Lama Diruntuhkan Dengan Bahan Letupan

Serombong setinggi 200 meter diruntuhkan dengan menggunakan bahan letupan. Foto: dailytelegraph

Orang ramai menunggu dengan sabar serombong diruntuhkan. Foto: dailytelegraph

Detik-detik runtuh sebuah menara lama. Foto: dailytelegraph

Ribuan orang menyaksikan serombong itu diruntuhkan. Foto: dailytelegraph


PELABUHAN KEMBLA, Australia - Sebuah serombong setinggi 200 meter diruntuhkan dengan menggunakan bahan letupan di sini semalam. 
Hampir 1,000 bahan letupan diletakkan di sekeliling serombong tersebut sebelum ia diletupkan. 
Serombong yang dibina dengan menggunakan kira-kira 7,000 tan konkrit itu kemudian putus dua selepas ia diletupkan. 
Ribuan orang menyaksikan serombong itu diruntuhkan yang terletak kira-kira 100 kilometer ke selatan Sydney. - AFP/Kosmo!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.