Jumaat, 21 Februari 2014

Ulama UAE Keluar Fatwa Larang Tinggal Di Marikh

Ulamak UAE larang umat Islam pergi ke Marikh. Foto planet Marikh berdasarkan imej daripada teleskop angkasa Hubble

Gambaran artis tentang kehidupan koloni manusia di Marikh


ABU DHABI - Pihak berkuasa pentadbiran Islam Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengeluarkan fatwa melarang umat Islam menjadi sukarelawan untuk menjalani misi hidup di planet Marikh. 
Majlis fatwa yang diketuai Profesor Dr Farooq Hamada itu menentang misi rancangan menjelajah ruang angkasa yang dinamakan Mars One. Misi yang kali pertama diusulkan Belanda itu bertujuan untuk menempatkan manusia secara kekal di Marikh menjelang 2023. 
“Terdapat kemungkinan individu yang membuat perjalanan ke Marikh tidak dapat bertahan untuk hidup di sana dan lebih terbuka kepada kematian,” kata majlis fatwa UAE sebagaimana dipetik oleh World Bulletin. 
Golongan ulama di negara Arab itu berpendapat individu yang menawarkan diri untuk menjadi sukarelawan ke Marikh sama saja seperti ingin membunuh diri. 
Mereka berkata, tiada alasan kukuh yang membolehkan umat Islam menyertai misi itu. 
Terdapat laporan yang menyatakan ramai umat Islam menawarkan diri untuk menyertai misi Mars One. Daripada beribu-ribu calon yang mendaftar di seluruh dunia, 500 dikatakan datang dari dunia Arab. - Agensi/myMetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.