Jumaat, 21 Februari 2014

Penyembah Syaitan Serah Diri Kepada Polis

Seorang lelaki penyembah syaitan yang dituduh membunuh seorang pemuzik menyerah diri kepada polis. Foto: The Nation

Prakan Hanpan, 26, dituduh menikam Sam-ong Triasattha (foto atas) sebanyak 30 kali. Foto: Mirror News

Polis memeriksa mayat Samong Traisattha, selepas dia mati ditikam di rumahnya pada malam Rabu. Foto: Facebook/Bangkok Post


BANGKOK - Seorang lelaki yang mengaku menyembah syaitan menyerah diri kepada polis semalam bagi menghadapi tuduhan membunuh seorang pemuzik pada 9 Januari lalu. 
Ketua Polis Bangkok Leftenan Jeneral Camronwit Toopgrajank berkata, Prakan Hanpan, 26, dituduh menikam Sam-ong Triasattha 30 kali. 
Prakan bagaimanapun berkata, dia bertindak kerana mempertahankan diri.
Sam-ong, 36, adalah penyanyi utama kumpulan black metal ‘Surrender of Divinity.’ Prakan berkata, mereka bergaduh selepas mangsa mengkritik amalannya menyembah syaitan. - Agensi/mynMetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.