Khamis, 25 Oktober 2012

10 Selebriti Yang Gagal Dalam Bisnes


KUALA LUMPUR - Selepas empat tahun beroperasi, penyanyi Amy Search akhirnya menerima hakikat bahawa Retoran Cheng Ho miliknya di Wangsa Maju di sini terpaksa ditutup mulai semalam. 
Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 53, berkata, restoran yang terkenal dengan masakan ala Cina itu terpaksa ditutup kerana pihak yang diberi tanggungjawab untuk menguruskannya berdepan pelbagai masalah. 
"Apa pun, saya tetap sedih kerana perniagaan ini sudah lama dijalankan tetapi akhirnya terpaksa ditutup," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam. 
Menurut Amy, dia memulakan perniagaan tersebut empat tahun lalu dengan modal RM250,000. 
Kosmo Online 24.10.2012
_______________________________________________________________________
Kisah seperti di atas bukan hanya berlaku kepada Amy Search seorang. Ianya juga berlaku kepada selebriti bertaraf dunia!

1. Britney Spears


Spear membuka restoran yang dinamakan Nyla pada Jun 2002 di Hotel Dylan, Manhattan, New York. Nyla menyajikan masakan Asia. Bagaimanapun, restoran itu hanya mampu bertahan selama enam bulan sahaja.

2. Stephen Spielberg


Spielberg bersama rakan kongsinya membuka sebuah restoran dinamakan Dive! di Los Angeles pada 1994 dan di Las Vegas pada 1995. Restoran ini berkonsepkan kapal selam. Namun restoran ini terpaksa ditutup pada tahun 1999.

3. Nicky Hilton


Adik Paris Hilton ini perasan dia mempunyai bakat dalam bisnes perhotelan. Maka dia merancang hendak membuka rangkaian hotelnya sendiri. Dia membuka dua hotel mewah di Miami dan Chichago bersama seorang rakan kongsi. Bagaimanapun hotel yang sepatutnya beropersi pada tahun 2007 itu tidak pernah dibuka. 

4. Natalie Portman



Natalie Portman memilih perniagaan kasut dengan jenama vegan-friendly. Bagaimanapun kasut yang berharga US$200 (RM600) sepasang itu kurang mendapat sambutan kerana dianggap terlalu mahal. Akhirnya, produk yang dimulakan pada awal tahun 2008 itu terpaksa dihentikan pada hujung tahun yang sama.

5. Kardashian bersaudara



Pada tahun 2008, Kim, Kourtney dan Khloe Kardashian melancarkan kad prabayar The Kardashian Card. Bagaimanapun, selepas seorang pelanggan mendakwa bayaran kad berkenaan terlalu tinggi, sambutan terhadap kad prabayar itu jatuh merudum dan terpaksa dihentikan. 

6. Heidi Montag


Heidi membuka bisnes fesyen pada tahun 2008 dengan jenama Heidiwood. Koleksi pakaiannya dijual di Anchor Blue Stores dengan harga US$10 - US$60 (RM30 - RM180). Walaupun harga pakaian Heidiwood tidak terlalu mahal, namun para pengkritik menganggap fesyen-fesyen berkenaan tidak layak dipakai! Selepas 7 bulan dilancarkan, koleksi Heidiwood tidak ada lagi dijual di Anchor Blue Stores.

7. Jennifer Lofez


Restoran J-Lo yang dibuka pada tahun 2002 ditutup 6 tahun kemudian manakala bisnes fesyen J-Lo yang dibuka pada tahun 2003 hanya mampu bertahan selama 4 tahun.

8. Eva Longoria


Pada mulanya Eva membuka restoran yang dinamakan Beso pada tahun 2008. Didorong kejayaan Beso, Eva membuka sebuah lagi restoran yang digabungkan dengan kelab malam di Las Vegas. Bagaimanapun  bisnes Eva terpaksa ditutup pada tahun 2009 kerana menanggung kerugian dan hutang terkumpul.

9. Kanye West


Kanye West memasuki bisnes industri pakaian pada tahun 2009 dengan jenama Pastelle. Bagaimanapun bisnes berkenaan gagal.

10. Mandy Moore


Mandy Moore menyertai industri dengan mengeluarkan pakaian berjenama Mblem pada tahun 2005. Bagaimanapun, Mblem terpaksa ditutup pada tahun 2009 kerana Mandy Moore hendak 'fokas' kepada bidang muzik.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.