Khamis, 25 Oktober 2012

Berjalan Kaki 5,700 km Dari Bosnia Ke Mekah

Senad Hadzic

SARAJEVO - Seorang lelaki Islam Bosnia yang berjalan kaki untuk menunaikan ibadah haji ke Mekah pada tahun lalu memberitahu agensi berita AFP bahawa dia tiba di kota suci itu selepas merentasi tujuh buah negara termasuk Syria yang sedang dilanda perang saudara. 
Lelaki berusia 47 tahun itu memberitahu, dia berjalan kaki sejauh 5,700 kilometer selama 314 hari merentasi Bosnia, Serbia, Bulgaria, Turki, Syria dan Jordan untuk ke Mekah dengan membawa beg sandang seberat 20 kilogram. 
"Saya berjalan kerana Allah, untuk Islam, untuk Bornia-Herzegovina, untuk ibu bapa dan saudara perempuan saya," tambah lelaki itu. 
Di laman Facebooknya, dia memberitahu, Tuhan telah menunjukkan jalan ke Mekah dalam mimpinya melalui Syria dan bukan Iraq. 
Menurutnya, dia terpaksa menunggu di Istanbul selama beberapa minggu untuk mendapatkan kebenaran bagi merentasi Jambatan Bosphorus dengan berjalan kaki, selain dua bulan di sempadan Jordan dan Arab Saudi bagi mendapatkan visa untuk mengerjakan ibadah haji. - AFP - Kosmo Online 23.10.2012
_______________________________________________

Sungguh menarik kisah orang Bosnia ini. Beliau sanggup berjalan kaki selama setahun hanya kerana hendak menunaikan fardhu haji di Mekah. Bagaimanapun, daripada tujuh buah negara yang dilaluinya, beliau menghadapi masalah di negara-negara Islam. 
Di Turki, beliau terkandas selama beberapa minggu hanya kerana hendak mendapatkan kebenaran berjalan kaki melalui Jambatan Bosphorus! Di Syria, beliau menghadapi masalah keselamatan akibat perang saudara. Di Jordan pula, beliau terpaksa menunggu dua bulan untuk mendapatkan visa ibadah haji daripada pihak Arab Saudi.
Alangkah baiknya jika semua negara Islam yang dilaluinya itu aman dan selamat. Lebih indah lagi jika sistem imigresen di negara-negara berkenaan bebas daripada kerenah birokrasi dan hal-hal berkaitan dengan para musafir dan jemaah haji ditangani dengan cekap. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.