Khamis, 22 November 2012

Bas Israel Dibom

Bas yang terkena bom. Foto: BBC

TEL AVIV - Sebuah bas dilaporkan terkena letupan bom di Tel Aviv, Israel, ketika tentera negara itu giat melancarkan serangan udara ke atas Gaza, yang menyebabkan 139 penduduk Palestin terbunuh. 
Kira-kira 15 orang dilaporkan cedera akibat bom berkenaan. Polis Israel mengatakan, insiden ini merupakan perbuatan ganas yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Demikian dilaporkan oleh BBC, Rabu (21/11/2012). 
Keadaan kelam kabut. Foto: Reuters
Pasukan penyelamat mengatakan, lima mangsa yang cedera dalam serangan bom tersebut kini sedang dirawat di hospital berdekatan.  
Seorang saksi yang melihat kejadian itu berkata, selepas letupan, bas malang itu telah terbakar. Sementara seorang saksi lain mengaku melihat seorang lelaki meninggalkan bom dalam bas berkenaan dan kemudian melarikan diri. 
Pakar bom sedang membuat pemeriksaan. Foto: Reuters 
Sehingga kini belum diketahui pihak yang bertanggungjawab dalam kejadian tersebut. Sementara itu, pihak penyiasat telah menutup tempat kejadian untuk mengesan suspek yang terlibat dengan letupan bom berkenaan.
_______________________________________________________________________

Berita ini tak begitu jelas
adakah bom itu meletup dalam bas?
atau bas itu terkena roket!
 
Boleh percayakah kenyataan saksi kedua
dia nampak seorang lelaki meninggalkan bom dalam bas
kemudian lelaki itu cabut lari?
Pihak Israel
selalu memperkecilkan kemampuan Hamas!
Cuba bayangkan
kos sebuah roket Hamas hanya US$800 (RM2,400)
tapi kos sebiji peluru pemintas Iron Dome Israel
berharga US$72,000 (RM216,000) 
Kalau Hamas lancar 250 roket sehari
larat ke Israel pintas kesemua roket Hamas?
sebab kos 250 roket Hamas baru berjumlah US$200 ribu
masih di bawah US$1 juta
tapi kos 250 peluru pemintas Israel
mencecah US$18 juta (RM54 juta) sehari!
sebab itu ada roket Hamas
bolos sampai ke Tel Aviv dan Jerusalem!
Tapi Israel suka cakap besar
untuk menutup kemaluan mereka yang semakin besar!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.