Isnin, 24 Februari 2014

Rakyat Menang Presiden Ukraine Cabut Lari

Presiden Ukraine, Viktor Yanukovych telah disingkirkan menerusi undi tidak percaya

Penduduk Ukraine berduyun-duyun pergi ke rumah bekas presiden di Mezhyhirya terperanjat dengan kemewahan hidupnya

Ramai pengunjung yang terperanjat dengan kemewahan hidup bekas presiden itu

Seorang penunjuk perasaan sedang bersantai di tab mandi di rumah bekas presiden yang digulingkan

Salah satu bilik mewah yang terdapat di rumah bekas presiden Unkraine

Tangga pusing yang hebat

Bagaimanapun Yanukovych terpaksa lari meninggalkan semua kemewahan ini

Tandas Yanukovych juga mewah

Seorang penunjuk perasaan mengibarkan bendera Kesatuan Eropah di hadapan rumah presiden

Bekas perdana menteri Tymoshenko yang ditahan oleh Viktor Yanukovych telah dibebaskan

Para penunjuk perasaan memberi penghormatan kepada rakan-rakan mereka yang terbunuh semasa pertempuran dengan polis


KIEV - Era baru bermula di Ukraine semalam apabila parlimen membenarkan tempoh tiga hari untuk membentuk kerajaan baru selepas menyingkirkan Presiden Viktor Yanukovych menerusi undi tidak percaya dan membuat persiapan mengadakan pilihan raya lebih awal. 
Lokasi Yanukovych terus menjadi misteri, sehari selepas beliau meninggalkan ibu negara itu dan musuh politiknya Yulia Tymoshenko dibebaskan dari penjara dan menemui penyokongnya di Kiev. 
Sebuah pesawat yang dinaiki Yanukovych gagal mendapatkan kebenaran untuk berlepas dari Donetsk, sebuah bandar di timur Ukraine kelmarin untuk ke Russia. 
Perkhidmatan Kawalan Negeri menyatakan ia adalah kubu kuat presiden. Beliau kemudian di bawa pergi oleh pasukan keselamatannya sendiri. 
Jurucakap presiden pagi semalam berkata beliau tidak mengetahui lokasi Yanukovych. 
Penyokong memberi sorakan gembira kepada bekas perdana menteri Tymoshenko ketika beliau meninggalkan hospital lokasi beliau ditahan. Bagaimanapun penerimaannya terhadap insiden itu bercampurcampur ketika berucap di Kiev. 
Pembebasan beliau menandakan transformasi penting bekas republik Soviet yang mempunyai 46 juta penduduk itu. 
Berakhirnya pemerintahan presiden proRussia diramal mengurangkan pengaruh Moscow dan menjadikan Ukraine lebih rapat dengan Eropah. - Berita Harian

Berita sebelumnya di sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.