Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Isnin, 19 November 2012

Amir Qatar Bantu Israel Bunuh Pemimpin Hamas?

Foto : Emir Qatar dan PM Hamas (usnews)

TEHERAN - Media Iran mendakwa, Amir Qatar, Syekh Hamad bin Khalifa al-Thani membantu Israel menjejaki kedudukan para pemimpin Hamas di Gaza. Penjejakkan itu dilakukan dengan menggunakan teknologi satelit. 
Menurut laporan dari pejabat berita Fars, Amir Qatar memberi para pemimpin Hamas banyak jam tangan dan pen yang dapat menghantar isyarat kepada satelit milik Israel. Ketika peralatan tersebut masuk ke dalam saku para pegawai Hamas, Israel dengan mudah menjejaki kedudukan mereka dan menghalakan serangan bom ke lokasi di mana mereka berada. 
"Tentera Israel akan menggunakan isyarat yang mereka terima melalui satelit untuk menjejaki para pemimpin Hamas dan melakukan pembunuhan terhadap mereka," demikian laporan dari Fars, Isnin (19/11/2012). 
Syekh Hamad berkunjung ke Semenanjung Gaza pada 23 Oktober lalu untuk merasmikan projek pembinaan semula bernilai AS$250 juta (RM750 juta). Hamas menganggap kunjungan itu sebagai kemenangan, kerana sekatan ke atas Gaza telah dilanggar selepas kedatangan Syek Hamad. 
Israel bagaimanapun, mengecam lawatan Hamad dan menganggap kunjungan itu sebagai mengorbankan proses perdamaian Palestin dan Israel. Selain itu, Israel mendakwa, bantuan yang diberikan kepada pentadbiran Palestin di Gaza akan disalahgunakan untuk meningkatkan serangan ke atas kawasan Israel. 
Selama bertahun-tahun, Qatar dan Israel menjalin hubungan diplomatik. Mereka membuka pejabat perwakilan untuk negara masing-masing. 
Setakat ini, Qatar menjadi salah satu negara Teluk yang dianggap berkecuali berhubung isu Palestin dan Iran, namun Qatar cukup agresif dalam menghadapi isu Syria. Terdapat laporan mengatakan bahawa Qatar cuba memujuk Hamas supaya menyokong pihak penentang kerajaan di Syria.
_______________________________________________________________________

Timbul beberapa pertanyaan... 
Amir Qatar pergi ke Gaza... 
dengan melanggar sekatan Israel... 
tapi dia selamat pergi dan selamat kembali!
sedangkan pihak lain yang pergi ke Gaza... 
disekat dan dibalun pihak Israel!
  
Ahmad al-Ja'bari 
Panglima Briged al-Qassam... 
sayap tentera Hamas...
telah dibom oleh Israel... 
selepas lawatan Amir Qatar!

Secara kebetulan? 
atau bagaimana?  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.