Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Jumaat, 23 November 2012

Malaysia Berisiko Hadapi Gempa Bumi

Jalan raya retak selepas gempa bumi di Jepun

KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Rakyat diberitahu bahawa Sabah dan Sarawak berisiko menghadapi gempa bumi sederhana manakala Semenanjung Malaysia pula berisiko menghadapi gempa bumi rendah. 
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Fadillah Yusof berkata, perkara ini berdasarkan Kajian Risiko dan Bahaya Gempa Bumi dan Tsunami di Malaysia yang telah dilaksanakan dan disiapkan pada 2009 oleh Akademi Sains Malaysia (ASM). 
Menurut beliau, berdasarkan maklumat yang dikumpulkan, sejak September-November tahun ini, beberapa gegaran lemah kurang daripada magnitud 4, dirasai di Beluran, Kota Marudu, Kudat dan Tambunan di Sabah. 
"Ini menunjukkan di Malaysia berlaku gempa bumi tapi pada kadar yang sederhana dan rendah," katanya ketika menjawab soalan Ir Hamim Samuri (BN-Ledang) yang ingin mengetahui kajian terbaru yang dilakukan berkaitan risiko kejadian gempa bumi di Malaysia. 
Kajian Risiko dan Bahaya Gempa Bumi dan Tsunami di Malaysia dibiayai dengan peruntukan sebanyak RM3.378 juta melibatkan Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JGM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM). 
Fadillah berkata, lima kumpulan telah diwujudkan terdiri daripada anggota dalam bidang kepakaran masing-masing dengan kerjasama agensi berkaitan antaranya kumpulan kerja pemantauan gempa bumi dan sesar aktif dan kumpulan kerja membangunkan kod reka bentuk bangunan. 
Sementara itu, beliau berkata, beberapa syor serta pelan tindakan telah digariskan dalam menghadapi kemungkinan risiko gampa bumi, antaranya memasang peralatan seperti 'Global Positioning System' (GPS) dan 'seismic sensors' di sepanjang sesar-sesar aktif dan mempertimbangkan penggunaan 'seismic natural rubber bearings' yang telah dihasilkan oleh Institut Getah Malaysia dalam membina projek prasarana penting terutama di zon berisiko tinggi terhadap gempa bumi. 
Bernama
_______________________________________________________________________

Berita ini mengesahkan...
bumi Malaysia tidak kebal...
gempa bumi juga boleh terjadi di sini !
Gegaran lemah sudah pun berlaku...
mungkin disebabkan kurang daripada magnitud 4...
maka ramai orang yang tidak tahu...
termasuk yang tinggal di tempat gegaran berlaku !
Sebenarnya...
tidak ada kawasan di muka bumi ini...
yang selamat dari bencana...
sebab dunia ini ada yang punya...
Seandainya
perintah Yang Empunya diabaikan manusia
ditambah pula perbuatan maksiat berleluasa
maka tunggulah saatnya
bencana pasti tiba!

seandainya kejahatan bermaharaja lela...
tunggulah masanya...
kemusnahan pasti akan tiba !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.