Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Khamis, 8 November 2012

Bangunan Perniagaan Runtuh Di Accra Ghana

Anggota penyelamat sedang mencari mangsa yang tertimbus di bawah bangunan yang runtuh di bandar Accra, Ghana hari ini.


ACCRA - Sebuah bangunan yang disewa oleh Syarikat Melcom Ltd, yang menjalankan rangkaian perniagaan runcit terbesar di Ghana runtuh hari ini. Reuters melaporkan, seorang terbunuh dan beberapa mangsa lagi masih terperangkap menurut pegawai keselamatan.
_______________________________________________________________________

Syarikat perniagaan runcit terbesar di Ghana? Kalau menjalankan perniagaan runcit terbesar, tentu pelanggannya ramai. Tapi mengapa menyewa di bangunan seperti ini?
Berdasarkan gambar, tiang-tiang bangunan yang runtuh nampak putus, seolah-olah tidak bertulangkan besi. Bagaimanakah bangunan seperti ini boleh dijadikan premis perniagaan?
Inilah padahnya apabila aspek keselamatan diabaikan. Sepatutnya, bangunan perniagaan  kukuh dan selamat, kerana ia dikunjungi oleh orang ramai.
Semoga pihak berkuasa tempatan di setiap bandar dan pekan di Malaysia mengambil iktibar daripada peristiwa malang ini. Pastikan hanya bangunan yang mematuhi piawai keselamatan yang ditetapkan sahaja yang diluluskan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.