Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Jumaat, 23 November 2012

Clinton Tertidur Ketika Obama Berucap

Clinton tertidur ketika Presiden Obama berucap. Foto: CNN

WASHINTON - Sebuah stesen television Amerika Syarikat (AS) berjaya mengabadikan detik memalukan bagi Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton semasa lawatannya ke Myanmar. 
Ketika juru kamera dari jabatan berita CNN menghalakan kamera ke arah Clinton, Setiausaha Negara AS yang duduk di sebelah Aung San Suu Kyi itu kelihatan memejamkan matanya semasa Presiden Barack Obama berucap. 
Clinton bagaimanapun akhirnya hilang tumpuan untuk mendengar ucapan Presiden itu dan tertidur lena, sebelum  terjaga semula dan kembali mendengar ucapan Presiden berkenaan.
Clinton jelas keletihan setelah melakukan lawatan ke beberapa negara dalam masa seminggu.
_______________________________________________________________________

Memanglah letih...
kalau pergi ke berbagai negara...
dalam tempoh satu minggu !
sebab dalam tempoh itu...
dia lebih banyak berada dalam pesawat...
sehingga tak cukup rehat !
 
Tapi kalau di negara ini...
perkara tertidur adalah perkara biasa...
tertidur semasa mesyuarat parlimen...
tertidur semasa ucapan perasmian...
tertidur semasa khutbah Jumaat !
 
Kadang-kadang tertidur bukan kerana keletihan...
tapi kerana kekenyangan...
atau kemalasan !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.