Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Ahad, 25 November 2012

Poskad Tiba Selepas 70 Tahun Dikirimkan


Gambar hiasan: Poskad 1Malaysia


NEW YORK: Selepas 70 tahun, sekeping poskad tiba di alamat tertulis, walaupun bukan untuk pengirim sebenar. 
Poskad itu dihantar pada 4 Julai 1943 kepada Pauline dan Theresa Leisenring di Elmira, New York oleh ibu bapa mereka yang melawat abangnya di Camp Grant di Illinois.  
Malangnya, dua beradik itu sudah meninggal dunia berpuluh tahun lalu.  
Bagaimanapun, rumah mereka di Elmira, diduduki oleh dua budak perempuan lain iaitu Hannah dan Madie Podgorny. 
Hannah, pelajar Tahun Tujuh, bercadang menggunakan poskad itu dalam projek sejarah sekolahnya.
____________________________________________________________________

Wow !
lamanya poskad tu nak sampai ye !
selepas 70 tahun dikirimkan baru sekarang nak sampai ?
penerimanya pun dah mati berpuluh tahun lalu !
 
Mungkin
generasi sekarang pun
ada yang dah tak kenal poskad !
 
Tapi
berita ini mungkin melegakan pihak pengendali perkhidmatan pos
di negara-negara tertentu
setidak-tidaknya
bukan perkhidmatan mereka saja yang kurang cekap
perkhidmatan pos Amerika pun ambil masa 70 tahun
untuk menghantar sekeping poskad !


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.