Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Isnin, 26 November 2012

Minuman Angry Birds Gugat Pepsi Dan Coca-Cola?


HELSINKI - Rovio yang mencipta permainan game Angry Birds, kini telah mengembangkan sayap perniagaannya dengan melancarkan produk minuman ringan bertemakan Angry Birds melalui syarikat di negara asalnya, Finland. 
Minuman soda Angry Birds dikeluarkan dalam empat perasa iaitu Tropic, Paradise, Lagoon dan Comet. Minuman ini dikatakan lebih laris berbanding Pepsi dan Coca-Cola di Finland. 
Tidak seperti Pepsi dan Coca-Cola yang hanya terdapat dalam perasa kola, minuman Angry Birds dikeluarkan dalam aneka perasa buah segar khas untuk kanak-kanak. Terdapat perasa buah-buahan campuran, perasa campuran limau dan nanas, perasa campuran buah epal dan pear, dan perisa kola. 
Setelah laris di Finland, syarikat Rovio bercadang hendak memasarkan mimuman itu di Australia dan Ireland.
_______________________________________________________________________

Minuman ini
mengingatkan saya kepada minuman Sudi Cola
yang dikeluarkan oleh syarikat milik penyanyi Sudirman
yang dijual di negara ini pada tahun 1980-an...
 
Tapi sayang
minuman ini dah lama hilang
tak diproduksi lagi oleh kilang
selepas Sudirman meninggal dunia...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.