Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Khamis, 22 November 2012

Bagaimana Hamas Boleh Ada Roket

Roket Fajr-5. Foto: Weaselzippers

TEHERAN - Iran menafikan mereka telah menghantar roket kepada Hamas di Gaza, untuk digunakan menyerang kawasan Israel, termasuk Tel Aviv dan Baitul Muqaddis. 
"Gaza dikepung dan kami tidak dapat membantu mereka. Roket Fajr-5 tidak dihantar dari Iran ke Gaza. Tetapi kami menghantar teknologi roket itu sehingga mereka mampu membuat roket yang serupa dengan cepat," ujar Pemimpin Pasukan Pengawal Revolusi Iran, Jeneral Mohammad Ali Jafari. 
Penghantaran teknologi itu membolehkan kumpulan-kumpulan bersenjata di Gaza mampu membuat roket dengan cepat tanpa memerlukan penyeludupan senjata. 
Salah satu kumpulan bersenjata di Gaza telah mendakwa, mereka menggunakan roket Fajr-5 untuk menyerang sasaran di Tel Aviv, Israel. Bagaimanapun Iran sering kali menafikan laporan tentang penghantaran roket Fajr-5 ke Semenanjung Gaza.
ISNA, Khamis (22/11/2012)
_______________________________________________________________________ 

Bijak... bijak !
analoginya...
macam sanak saudara kita kat luar negara la...
ada yang teringin nak makan tomyam...
ada yang teringin nak minum cendol...
 
Tapi kita jangan hantar tomyam...
jangan hantar cendol - nanti basi !
tapi hantarkan resipi...
biar dia buat sendiri...
boleh makan minum sepuas hati !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.