Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Sabtu, 10 November 2012

Bila Presiden Cakap Berbelit-belit

Kesan serangan tentera udara Syria ke atas kawasan awam di Kafranbel, dekat pada Isnin lalu


DAMSYIK - Presiden Syria, Bashar Al-Assad (gambar kecil) menegaskan bahawa tiada perang saudara berlaku di negara ini, sebaliknya beliau menganggapnya sebagai keganasan yang dilancarkan menerusi proksi. 
Bashar mengaku anggota-anggota tenteranya berjuang dalam satu peperangan yang sengit dan sukar. 
Beliau menyatakan, tenteranya boleh menamatkan peperangan dalam tempoh seminggu. 
Bagaimanapun, katanya, tempoh itu boleh dicapai jika negara-negara asing menghentikan penghantaran senjata kepada kumpulan penentang yang bertempur dengan tenteranya. 
Dalam satu wawancara dengan stesen televisyen Russia Today TV itu, Bashar berkata, beliau tidak menyesal berhubung tindakan ketenteraan yang dilakukan sejak Mac tahun lalu. 
Wawancara selama 26 minit yang disiarkan semalam itu dikendalikan oleh wartawan Sophie Shevarnadze. 
Lokasi wawancara itu ialah di sebuah kediaman rasmi Bashar yang baru diubah suai.
_______________________________________________________________________

Dah tak betul agaknya kepala presiden ni! Bolehkah dia kata tak ada perang saudara kat negara dia?
Agaknya dah stress sangat... sampai cakap dia pun dah jadi berbelit-belit...
Dia kata penentang dia ganas? tapi dia arah tentera udara serang kawasan orang awam... rakyat sendiri pula tu... tak ke ganas namanya?
Dia sendiri yang kata... tenteranya  boleh menamatkan peperangan dalam tempoh seminggu... maknanya... dia sendiri pun mengaku ada perang dalam negara dia!
Habis tu... dia berperang dengan siapa? tak kan berperang dengan hantu... bukankah tentera dia berperang dalam negara Syria... yang dia lawan pun sama macam dia... cakap Arab... bukan cakap Israel... perang saudaralah tu!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.